ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ



Pencapaian cemerlang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri pertama Malaysia adalah keupayaan beliau menyatukan sembilan negeri-negeri Melayu dan dua Negeri Selat di bawah satu bendera dan satu lagu kebangsaan sebagai sebuah negara berdaulat Malaya. Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak termasuk Singapura telah disatukan dengan Malaya menjadi Malaysia (pada tahun 1965 Singapura telah keluar dari Malaysia untuk menjadi sebuah negara tersendiri.

 


Tunku amat disanjung sebagai pemimpin yang amat sederhana dan berfikiran tinggi. Sumbangan baktinya ke arah menyatupadukan bangsa Malaysia dan negara-negara Islam memang tersohor. Beliau antara pemimpin pertama yang menyuarakan tentangan terhadap polisi apartheid di Afrika Selatan. Kemangkatan Tunku pada 7 Disember 1990 adalah satu kehilangan yang begitu terasa kepada rakyat Malaysia dan seluruhnya.

 


Sumber :




? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia