Munshi Abdullah b. Abdul Kadir (1796-1854) merupakan penulis pertama
digelar Bapa Sastera Melayu Moden kerana hasil-hasil karya dan penulisannya
menggunakan teknik atau stail penulisan moden, yang lazimnya tidak
terdapat dalam karya sastera Melayu lama. Gaya ia mengemukakan tulisannya
juga merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya
yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita
dongeng dan khayalan, sebaliknya karya-karya beliau lebih terdedah
kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif.
|
|
Karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Antara
karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah
Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau
biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya
yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi
melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan
Melayu cukup bererti.
|