PINGAT KEBERANIAN MENYELAMAT




Pingat Hang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberanian kanak-kanak. Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Nor bin Osman yang berasal dari Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliau telah menerima Pingat Hang Tuah daripada D.Y.M. Yang DiPertuan Agong pertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadian pertama, Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun yang hampir lemas di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalam kejadian kedua, beliau telah menyelamatkan seorang budak perempuan.


 


Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksah yang berasal dari Pahang kerana keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir lemas di Sungai Semenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. Penganugerahan Pingat Hang Tuah yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) telah diberhentikan pada tahun 1978. Kini anugerah kanak-kanak yang disediakan adalah Tokoh Kanak-Kanak Kebangsaan yang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang cemerlang dalam bidang akademik



Sumber :

Pengetahuan Am di Malaysia (1) / Ghulam Jie M Khan, 1994.
Rekod-rekod Dunia Di Malaysia(5) / Ghulam Jie M Khan, [1990 ].



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia