Tan Sri Dato' Alwi Jantan mencatat sejarah sebagai Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia pertama di negara ini. Beliau berlulusan
Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang sejarah dari Universiti
Malaya pada 1958. Selepas menamatkan pengajian di UM pada 1958,
beliau telah menerima UNESCO Fellowship bidang Archives & Libraries
pada 1966. Beliau telah menerima Diploma dalam Pelaeography, Archives
& Diplomacy pada 1979 dan Advanced Management Programme dari Harvard
University pada 1980.
|
|
Kerjayanya dengan perkhidmatan awam bermula pada tahun 1958 apabila
beliau memegang beberapa jawatan tinggi termasuk sebagai Pengarah
Arkib Negara pada 15 Februari 1966. Beliau di lantik sebagai Ketua
Pengarah Arkib Negara dan Perpustakaan pada 1 Januari 1971 sebelum
beliau ditukarkan sebagai Setiausaha Negeri Selangor pada 1 Julai
1972. Beliau telah bersara dari perkhidmatan awam pada 16 April
1990 semasa memegang jawatan Ketua Pengarah di Jabatan Perkhidmatan
Awam.
|