M. RAJAMANI




M.Rajamani (1946 ? ) pelari pecut jarak sederhana telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama di Malaysia menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1966. Beliau juga wanita pertama menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 1964 dalam acara 400 meter dan 800 meter. M. Rajamani yang ketika itu berusia 20 tahun merupakan atlet paling muda yang bertanding. P

 


Sepanjang sepuluh tahun melibatkan diri dalam bidang olahraga (1959-1969), beliau telah berjaya mengumpulkan sebanyak 19 pingat emas untuk negara. Beliau bersara awal daripada Kementerian Pendidikan pada tahun 1991 semasa berumur 47 tahun. Beliau dianugerahkan pingat AMN dan PJK.



Sumber :

Jaguh MAKSAK
Buku Rekod Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia