Tun Hamdan bin Sheikh Tahir merupakan anak watan Pulau Pinang pertama
menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Beliau yang telah dilahirkan
pada 27 April 1921 telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah
Clifford, Kuala Kangsar. Tun beranggapan pendidikan yang diterima
semasa penjajahan Jepun merupakan pendidikan terbaik dalam pengalamannya.
|
|
Tun telah berkhidmat sebagai Guru, Pengetua, Ketua Penasihat Ketua
Pengarah Pelajaran, Naib Canselor dan sebagai Wakil Tetap Malaysia
di UNESCO. Penglibatan Tun dengan sepenuh jiwa raganya dalam bidang
pendidikan dan pelaksanaan sistem pendidikan telah menjadikannya
tokoh pendidikan menerima anugerah ?Pendidik Istimewa? dan kini
menduduki tempat istimewa di Seri Mutiara, Pulau Pinang.
|