KETUA PENGARAH PENDIDIKAN WANITA




Dato Asiah Bt. Abu Samah (lahir 1936 ?) telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1961.

 


Kerjaya pendidikannya bermula sebagai guru di Sekolah Penang Free Pulau Pinang. Beliau dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II dan dinaikkan ke Timbalan Ketua Pengarah I pada pertengahan tahun 1990. Dato Asiah telah memegang beberapa jawatan termasuk di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kolej Tunku Kursiah Seremban dan di Kementerian Pendidikan. Beliau telah bersara pada tahun 1992.


Sumber :

Pusat Perkembangan Kurikulum
Pengetahuan Am di Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia