Syed Syeikh Al-Hadi (1867-1934) merupakan seorang penulis dari kalangan
penulis golongan agama yang cuba menyerapkan unsur-unsur keislaman
dalam hasil karyanya. Beliau adalah pelopor penulisan bentuk novel
Melayu pertama dan diberi gelaran Bapa Novel Melayu.
|
|
Antara karya beliau yang popular ialah Hikayat Setia Asyik Dengan
Masyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum yang
telah ditulis dalam dua jilid dalam tahun 1925 dan 1926.
|