Puan Sri Datuk Professor Dr. Fatimah Hamid Don (1933-) menjadi wanita
Melayu pertama negara dilantik sebagai professor. Beliau juga adalah
wanita Melayu pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah. Beliau telah
mendapat B.A. (Hons) dalam pengajian Ilmu Alam di Universiti Malaya,
Singapura dan melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang
pendidikan (Master of Education) di Universiti California, Amerika
Syarikat sebelum meneruskan pelajaran ke peringkat kedoktoran di
universiti yang sama.
|
|
Beliau mula berkhidmat dalam jurusan pendidikan pada tahun 1926
dan menjawat berbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran,
guru dan pensyarah maktab. Sempena perayaan Hari Wanita pada tahun
1988 beliau telah dianugerahkan Pingat Fatimah. Beliau bersara sebagai
professor pada tahun 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti
Malaya.
|