Ahamad Rashid Talu (1889-1939) merupakan novelis pertama yang menggunakan
latar belakang Tanah Melayu dan watak bangsa Melayu dalam karya
sulungnya, Kawan Benar.
Novel yang telah dihasilkan pada tahun 1927 menjadi perintis kepada
novelis-novelis selepasnya untuk mengangkat martabat bangsa dan
kaum Melayu khususnya untuk diadaptasi di dalam karya-karya sastera.
Kawan Benar mengambil latar belakang Pulau Pinang dengan
mengemukakan watak-watak orang Melayu. Persoalan tanggungjawab dan
pendidikan terhadap bangsa juga turut dikemukan.
|
|
Karya-karya lain yang pernah ditulis oleh Ahmad Rashid Talu termasuk
novel Iakah Salmah (1929), Siapa Jahat dan Datuk
Cincano Perompak Yang Termasyhur (1929).
Sepanjang riwayatnya, Ahmad Rashid Talu telah menghasilkan sebanyak
sembilan buah novel. Beliau selayaknya digelar Perintis Novel-novel
Melayu Asli kerana banyak mengeluarkan perwatakan, suasana dan
persoalan yang bersifat tempatan.
|