Raja Ali Al-Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870) merupakan penulis
pertama yang menyusun tata bahasa Melayu menerusi bukunya Bustan
al-Katibin (1850). Beliau juga merupakan orang pertama cuba menyusun
sebuah kamus Melayu iaitu Kitab Pengetahuan Bahasa (1858), Walaupun
ianya tidak dapat disiapkan. Beliau juga adalah Sejarawan Melayu
pertama yang menyedari kepentingan tarikh terjadinya satu-satu peristiwa
yang diceritakan.
|
|
Cara penulisan beliau berbeza dari kisah sejarah di zamannya yang
tidak menyatakan tarikh berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya
mereka dan dengan demikian tidak boleh dirujuk sebagai bahan penyelidikan.
Raja Ali Haji adalah ahli Agama, ahli bahasa Arab, ahli bahasa Melayu
dan juga seorang ahli politik. Beliau layak digelar Sejarawan Melayu
pertama berdasarkan sumbangan-sumbangan tersebut. Antara karya-karya
beliau yang lain ialah Salasilah Melayu dan Bugis (1860) dan Tuhfat
al-nafis (1865).
|