MENTERI PENDIDIKAN - TUN ABDUL RAZAK




Tun Abdul Razak bin Hussein (1922 - 1976) adalah orang pertama dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang ketika itu digelar Menteri Pelajaran. Lantikan beliau pada tahun 1955 telah membawa banyak perubahan dalam bidang pendidikan, termasuk yang melibatkan sukatan pelajaran dan isu berkaitan Bahasa Melayu.


Penyata Razak

Penyata ini yang diumumkan pada 16 Mei 1956 telah digubal dengan tujuan mengubah corak pembelajaran murid-murid. Beberapa perkara yang terkandung di dalamnya adalah untuk menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini.

 


Bahasa Melayu

Ke arah mendaulatkan Bahasa Melayu agar menjadi bahasa yang terpenting di negara ini, Bahasa Melayu diumumkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaubagaimanapun Bahasa Inggeris masih diwajibkan di semua jenis sekolah oleh kerana kepentingannya sebagai bahasa perantaraan masyarakat seluruh dunia.


Selepas merdeka, Allahyarham telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga 1970 apabila Allayarham menggantikan Y.T.M. Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. Allahyarham meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976.


Sumber :

Tun Abdul Razak : Bapa Pembangunan Malaysia / Amer Haji Matsom, 1998.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia