Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa yang ditubuhkan pada
1888 di Johor Bharu dipercayai badan atau institusi penggerak bahasa
dan kesusasteraan pertama di Tanah Melayu. Sejak ditubuhkan ianya
telah dua kali dibubarkan dan berkubur pada tahun 1934. Pengasas
dan pemimpinnya ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman b. Andak.
|
|
Pakatan ini antara lain ditubuhkan untuk mengkaji dan menerbitkan
buku-buku bahasa, sejarah, kebudayaan dan menggalakkan orang-orang
Melayu menulis dan menerbitkan karya-karya sastera Melayu.
|