Pasukan Polis pertama ditubuhkan adalah pada 25.3.1807 di Pulau
Pinang. Orang yang pertama dilantik menjadi Ketua Pasukan ini ialah
James Carnegy.
Pasukan Polis Melaka telah menjadi pasukan kedua ditubuhkan di negara
ini iaitu pada tahun 1827. Kedua-duanya kemudian disatukan dan menjadi
Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.
|
|
Pada tahun 1899, pasukan polis maju setapak lagi apabila tertubuhnya
pasukan polis bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Kapten H.C. Syers
telah dilantik menjadi ketua polis pasukan ini. Claude Henry Fenner
(1916-1978) telah dilantik menjadi Ketua Polis Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama pada tahun 1958 sehingga 1965.
|