PERKHIDMATAN BUKU ELEKTRONIK PERCUMA MELALUI TEKNOLOGI BEACON!

For Android For IOS

Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi tumpuan utama pelancong. Antara inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi menyokong industri pelancongan adalah mewujudkan perkhidmatan e-buku / buku elektronik menggunakan teknologi Internet of Things (Beacon) kepada pelancong domestik dan luar negara sempena Visit Malaysia 2020 (VM2020) dan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020)

Penyediaaan perkhidmatan e-Book Beacon Zone melalui fasiliti Smart Tourism membolehkan pengguna memuat turun bahan-bahan mengenai Malaysia dalam bentuk digital ke telefon pintar peribadi mereka. Sektor pelancongan perlu bergerak seiring dengan transformasi digital dengan menekankan kepada pamasaran digital menggunakan pelbagai platform media sosial dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Beacon adalah alat kecil tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (atau juga dikenali sebagai Beacon Bluetooth 4.0). Pengguna yang mempunyai aplikasi Reader akan mendapat notifikasi dan akses kepada e-buku melalui telefon pintar apabila mereka melalui kawasan yang terdapat Beacon. Konsep pelaksanaan perkhidmatan terdapat dalam 4 komponen:

  • Beacon Technology
  • Pengguna mendapat akses kepada e-book melalui telefon pintar mereka apabila mereka melalui atau memasuki kawasan yang terdapat Beacon dengan menggunaakan aplikasi eReader yang disediakan.
    Pengguna dapat mengakses senarai kandungan sehingga 30 meter jarak dari lokasi Beacon tersebut. Sebaik sahaja pengguna keluar dari kawasan Beacon tersebut, pengguna tidak mempunyai akses kepada e-book bagi mengawal pengedaran Mkepada pengguna tertentu sahaja untuk mendapat e-book atau risalah yang disediakan

  • Beacon Geo-fencing Technology
  • Pengguna hanya perlu memuat turun maklumat/buku yang yang dibenarkan akses kepada katalog yang ditetapkan melalui beacon geo-fencing. Talian internet atau WiFi diperlukan untuk tujuan muat turun e-book.
    E-Book akan dimuat turun dan terus tersimpan di dalam peranti pintar mereka dan boleh dibaca tanpa memerlukan sebarang talian internet

  • Push Notification
  • Fasiliti bacaan juga menyediakan akses micro-location untuk pengguna melalui Beacon Bluetooth 4.0.
    Kaedah “push notification” digunakan sebagai promosi kepada produk dan e-book melalui telefon pintar apabila mereka berada dalam liputan beacon bluetooth.

  • Kandungan e-Book
  • Anggaran langganan e-book sebanyak 200 judul dalam bidang tourism, history, art, culture, heritage, health dan sebagainya (bergantung kepada lokasi) bagi membolehkan mereka memuat turun bahan-bahan di dalam bentuk digital ke dalam telefon pintar peribadi

  • Aplikasi / Platform Perkhidmatan eBook
  • Aplikasi yang disediakan membolehkan pengguna meminjam e-book melalui peranti masing-masing apabila berada di lokasi tersebut.
    Data keselamatan pengguna berdaftar dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi

    Lokasi Perkhidmatan


    Semoga dengan adanya perkhidmatan ini dapat menyokong dan menyemarakkan lagi Kempen VM2020 dan KLWBC 2020 di samping memberi manfaat kepada semua pengunjung dan pelancong ke Malaysia

    Maklumat berkaitan VM2020, KLWBC 2020 dan PNM

    Kempen Melawat Malaysia 2020 (atau ringkasnya 'VM2020') yang bertemakan 'Visit Truly Asia - Malaysia 2020' telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 22 Julai 2019 yang lalu. Kempen ini amat bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (atau ringkasnya 'MOTAC') yang memajukan dan mempromosikan Malaysia secara berterusan agar menjadi sebuah destinasi pelancongan dan kebudayaan yang unggul dan bertaraf dunia setanding dengan negara-negara lain. Pada masa yang sama, Malaysia akan terus mengekalkan semangat jati diri bangsa melalui aktiviti pemuliharaan, pemeliharaan dan pengembangan seni, budaya dan warisan negara.

    Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KL World Book Capitol 2020 atau ringkasnya KLWBC 2020) oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Kuala Lumpur merupakan bandar ke-20 yang dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia dan menjadikan Malaysia negara ke-2 di Asia Tenggara selepas Thailand yang dipilih pada tahun 2013. Pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 adalah berdasarkan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh segenap rakyat. Dengan slogan ‘KL Baca’ : Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan (Caring Through Reading), program ini memberi fokus kepada pembacaan dalam semua bentuk dan akses digital kepada bahan bacaan di mana-mana sahaja.

    Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merupakan agensi kerajaan yang diberi mandat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mewujudkan perkhidmatan e-buku / buku elektronik menggunakan teknologi Internet of Things (Beacon). Perpustakaan Negara Malaysia telah memperolehi peruntukan khas pada tahun 2019 di bawah sektor kebudayaan dan VM2020 untuk mewujudkan perkhidmatan ini di sepuluh (10) lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong dan masyarakat tempatan.