Pengenalan
Manuskrip Melayu diiktiraf sebagai warisan intelektual negara rakaman minda masyarakat silam. Untuk kepentingan kaum bangsawan, dikarang kisah-kisah bersejarah yang mengemukakan sejarah raja, bangsa dan negara. Untuk hiburan dan perintang waktu, tercipta hikayat dan syair. Tidak ketinggalan penulisan undang-undang dan peraturan negara diperturunkan untuk dijadikan panduan pentadbiran. Tidak sedikit pula dikarang kitab agama untuk menyiarkan syariat Islam. Kitab perubatan, petua dan azimat juga ditulis sebagai panduan hidup. Pendek kata berbagai topik menyentuh segala aspek kehidupan masyarakat Melayu telah diabadikan dalam beribu manuskrip.
Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.