Pengenalan
Manuskrip Melayu lama adalah warisan orang Melayu yang tidak ternilai harganya. Di dalamnya terkandung pelbagai khazanah ilmu dan pemikiran orang Melayu zaman lampau. Sebagai warisan pemikiran bangsa wajarlah ia dikaji serta diselidiki dan seterusnya diterbitkan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Kedatangan orang-orang Barat ke alam Melayu telah mengakibatkan perpindahan manuskrip Melayu dari daerah kelahirannya sendiri. Himpunan manuskrip Melayu yang dikumpul dari merata pelusuk rantau Nusantara diangkut berpindah ke barat. Pengaliran warisan dokumen ini berterusan beberapa zaman sehingga akhirnya banyak manuskrip Melayu tersimpan dengan baik di luar negara. Kini, untuk mengetahui khazanah yang telah diangkut itu, katalog diterbitkan yang memberi maklumat pendokumentasian mengenai setiap naskhah bagi kemudahan penyelidik dan peminat yang cintakan ilmu warisan bangsa.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.