Mengeratkan lagi hubungan
kerjasama antara perpustakaan telah menjadi satu etika dalam proses membangunkan
perpustakaan yang progresif untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru. Tidak ada mana-mana
perpustakaan yang mampu memenuhi segala keperluan maklumat semua penggunanya. Kekangan
yang dihadapi oleh setiap perpustakaan menjadikan pentingnya jalinan kerjasama di antara
mereka dalam perkongsian sumber ke arah menyediakan perkhidmatan maklumat yang lebih
efektif.
Perkongsian sumber boleh dilakukan melalui
konsep UAP (Universal Availability of Publications). Konsep ini telah digunakan
sebagai asas kepada Sistem Pembekalan Penerbitan Perpustakaan (SPP) yang telah
dilaksanakan di negara kita untuk memberi akses yang mudah kepada semua sumber maklumat di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa kepada perpustakaan yang menyertai sistem ini.
|
Pusat Penyelaras SPP
mengalu-alukan keahlian 17 institusi/perpustakaan yang telah menyertai SPP sejak Jun 1999
hingga November 1999.Institusi/perpustakaan adalah seperti berikut:-
- The Malaysian Insurance Institute
- Institut Teknologi MARA, Terengganu
- Majlis Kanser Nasional
|
|
- Kolej UNITI
- Setiausaha Kerajaan Selangor Unit Penswastaan Negeri
Selangor
- Pusat Persediaan YPJ (Muar)
- Department Pembangunan dan Pengurusan Sumber Perikanan
Marin
- Institute of Strategic and International Studies (ISIS)
Malaysia
- The Cambridge Trust
- JS Mahir Sdn. Bhd.
- Pusat Perkembangan Kurikulum
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Bennett-Low Interiors Sdn. Bhd.
- Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
- Jabatan Audit Negara Malaysia
- Pahang Skills Development Centre (PSDC)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Access Point Design Center (M) Sdn. Bhd.
Pada Jun 1988, ketika SPP dilancarkan,
bilangan ahli adalah 76. Sehingga November 1999, jumlah perpustakaan/institusi yang
menyertai SPP telah meningkat ke 357 terdiri dari 132 (37%) Jabatan Kerajaan, 55 (16%)
Badan Berkanun, 49 (14%) Perpustakaan Akademik, 91 (25%) Badan Korporat dan 30 (8%) Badan
Bukan Kerajaan (NGOs). Pertumbuhan keahlian mengikut tahun adalah seperti dalam Lampiran I.
|
|