tit_beritaspp.jpg (10602 bytes)

spplogo.jpg (11439 bytes)

beritaspp.jpg (17891 bytes)

isu16.jpg (2401 bytes)

issn.jpg (2740 bytes)

BERITA SUMBANGAN AHLI SPP

Dalam ruangan ini, Pusat Penyelaras SPP menerima beberapa artikel daripada ahli SPP yang ingin memperkenalkan perkhidmatan mereka. Pusat Penyelaras SPP berterima kasih atas sumbangan maklumat dan berita terkini dari institusi/agensi konsortium SPP. Institusi berkenaan ialah:-

cirop.jpg (15544 bytes)

Pengenalan

Consumers International Regional Office for Asia and the Pacific (CI ROAP) telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai CI ROAP pejabat serantau yang pertama untuk menumpukan lebih perhatian kepada keprihatinan pengguna di negara yang sedang membangun.

CI ROAP sekarang dianggotai oleh 83 ahli yang terdiri dari ahli penuh, ahli bersekutu dan ahli bersekutu kerajaan daripada 23 buah negara dan wilayah dalam rantau Asia dan Pasifik.

Consumer Information & Documentation Centre (CIDOC)

CIDOC adalah diantara salah satu pusat penyerahan yang terbesar di rantau ini untuk bahan berkaitan isu konsumer dengan koleksi sebanyak 8,000 judul buku dan 400 judul jurnal. Perkhidmatan Penyebaran Maklumat Terpilih juga disediakan untuk ahli melalui berita bulanan bertajuk Consumer Currents.

CI ROAP menerbitkan satu berita sukutahunan serantau bertajuk AP Consumer, buletin bulanan bertajuk Consumer Currents dan dwi bulanan HAI News.

 

Beberapa terbitan baru CI ROAP adalah seperti berikut:
  • … and our rice pots are empty: The Social Cost of the Economic Crisis (1998).
  • Confronting the Challenges: The Asian Economic Crisis (1998).
  • A Discerning Middle Class?: A Preliminary Enquiry of Sustainable Consumption Trends in Selected Countries in the Asia Pacific Region (1998).
  • Health and Pharmaceuticals in Developing Countries : Towards Social Justice and Equity (1996).
  • A Matter of Living on Earth Series of Case Studies and Debates On Sustainable Consumption (1998).

Segala urusan SPP boleh disalurkan kepada:

CI Regional Office For Asia and the Pacific (CI ROAP)
250A Jalan Air Itam
10460 Penang, Malaysia
Tel.: (604) 2291396
Faks: (604) 2286506
E-mel: [email protected]
          [email protected]
URL: //www.consumers.international.org 

Institut Kesihatan Umum

Perpustakaan Institut Kesihatan Umum (IKU) telah melanggan kepada Pangkalan Data Ovid & Proquest Health untuk memudahkan pencarian bahan dan maklumat mengenai kesihatan. Walau bagaimanapun pangkalan data ini belum lagi dibuka kepada pengguna luar.

IKU juga sedang menuju ke arah mencapai ISO 9002 yang akan diiktirafkan oleh MAMPU.


Hak Cipta Terpelihara � 2000 Bahagian Rujukan Malaysiana
Perpustakaan Negara Malaysia

arrowleft.gif (218 bytes)

arrowright.gif (224 bytes)