Pusat
Pembangunan Kemahiran Pahang atau Pahang Skills Development Centre (PSDC) merupakan IPTS
dan Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat terbesar di negeri Pahang. Visi, misi dan strategi
PSDC adalah seperti berikut:
Visi
Melahirkan tenaga mahir mengikut keperluan kemahiran kepada pekerja-pekerja
industri dan remaja lepasan sekolah.
Strategi
Menyediakan program latihan dan pendidikan kemahiran berteknologi tinggi yang
berkualiti.
Perpustakaan PSDC
Perpustakaan PSDC mula beroperasi pada November 1997. Objektif penubuhan
perpustakaan adalah sebagai pusat rujukan dan maklumat serta menyokong aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di PSDC. Perpustakaan PSDC mempunyai koleksi berjumlah 4,000 naskah bahan
khususnya dalam bidang sains komputer dan teknologi elektronik. Jumlah keahlian adalah
seramai 342 orang.
Segala urusan SPP boleh disalurkan kepada:
Cik Suzanna bt. Abdullah Satar
Pustakawan
Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang
Kampus PSDC, Lot 15
Kawasan Perindustrian Semambu
25350 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel: 09-5673200/5673191
Faks: 09-5673192
|
|

|
Perunding CM
adalah sebuah syarikat perunding kejuruteraan sivil dan mempunyai sebuah pusat sumber yang
mengandungi buku-buku seperti dalam Lampiran II.
Semua urusan SPP boleh disalurkan kepada:
Cik Low Chew Wah
2742C, Jalan Changkat Permata
Taman Permata
53300 KUALA LUMPUR
Tel: 03-4066133/4074503
Faks: 03-4055113
|

|
Persidangan International
Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) Ke 65 telah diadakan di
Bangkok , Thailand dari 20 hingga 28 Ogos, 1999. Sempena Persidangan ini, satu bengkel
bertema The Current State of Document Delivery in South East Asia: Measuring Progress
Since the 1995 Workshop in Bangkok telah diadakan pada 26 Ogos, 1999.
Perpustakaan Negara Malaysia sebagai
Pusat Penyelaras SPP telah dijemput untuk membentangkan laporan negara bertajuk The
Current and Future Direction of PDS in Malaysia : A Country Report dalam persidangan
tersebut. Diantara isu-isu yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah seperti hakcipta,
kadar bayaran perkhidmatan SPP, kemajuan perkhidmatan SPP, dan ketersediaan bahan
perpustakaan di negara membangun. Ahli SPP yang berminat untuk merujuk Laporan Negara ini
boleh menghubungi Pusat Penyelaras SPP. |
|