Mesyuarat tahunan
SPP telah diadakan pada 7 Disember, 1999 di Perpustakan Negara Malaysia. Seramai 50 ahli
SPP telah menghadiri mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Puan Siti Zakiah Aman,
Pengarah Bahagian Rujukan Malaysiana. Diantara isu-isu yang dibentangkan dalam mesyuarat
ini adalah pinjaman bahan seperti alat pandang dengar, kertas persidangan, tesis, laporan
tahunan dan juga kadar bayaran perkhidmatan SPP.
Deraf terakhir Dasar SPP yang digubal untuk
penggunaan Perpustakaan Negara Malaysia
juga telah dibentangkan dalam mesyuarat ini untuk
mendapatkan pandangan. Semua ahli SPP yang menghadiri mesyuarat ini bersetuju dengan
kandungan dasar yang dibentangkan. Dasar ini jika diluluskan kelak boleh dijadikan sebagai
garis panduan bagi ahli SPP dalam pengurusan perkhidmatan SPP di perpustakaan/institusi
masing-masing.
Satu ceramah bertajuk The Advantages for
Consortia Purchasing of Online Databases oleh Encik Peter Chung, Pengarah Urusan
Academic Information Services Sdn. Bhd. juga telah diadakan sempena Mesyuarat SPP.