Menurut perkara 10 dalam Panduan
SPP, setiap ahli dikehendaki mengemukakan statistik perkhidmatan SPP kepada Pusat
Penyelaras SPP setiap 3 bulan sekali seperti dalam jadual yang ditetapkan.
Bulan |
Tarikh Penghantaran
Borang Statistik SPP |
|
Januari Mac
April Jun
Julai September
Oktober Disember |
|
15
April 15 Julai
15 Oktober
15 Januari |
Setakat ini, kurang
dari 5% ahli SPP mengemukakan statistik SPP kepada Pusat Penyelaras SPP. Oleh yang
demikian, Pusat Penyelaras SPP meminta kerjasama ahli SPP untuk mengeluarkan perangkaan
perkhidmatan SPP bagi tahun 1999. Statistik SPP boleh membantu memperkukuhkan koleksi
masing-masing dengan adanya maklumat mengenai bahan-bahan yang sering dipohon oleh para
pengguna.
Borang statistik dalam Lampiran III dan Lampiran IV hendaklah diisi
dengan lengkap dan dikembalikan sebelum 28 Februari 2000.
Senarai ini
mengandungi alamat terkini Perpustakaan/Institusi yang menyertai SPP |
|
sehingga Oktober
1999. Senarai ini akan diedarkan kepada semua ahli SPP sebaik sahaja ia selasai di
kemaskini.
Perpustakaan Negara
Malaysia menerbitkan beberapa terbitan bagi tahun 1998 1999. Senarai terbitan baru
adalah seperti dalam Lampiran V.
Sumbangan artikel dari
semua ahli SPP untuk dimanfaatkan bersama amat dialukan. Sila kirimkan artikel kepada
Pusat Penyelaras SPP sebelum atau pada 30 Mac 2000 di alamat seperti berikut.
Perpustakaan Negara Malaysia
Bahagian Rujukan Malaysiana
Unit Sistem Pembekalan Penerbitan
Aras 3, Blok Tengah
232 Jalan Tun Razak
50572 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2947686 (talian terus)
03-2943488 samb. 249
Faks: 03-2927899
E-mel: [email protected]
URL: http://www.pnm.my
|
|