statspp.jpg (7176 bytes)

Menurut perkara 10 dalam Panduan SPP, setiap ahli dikehendaki mengemukakan statistik perkhidmatan SPP kepada Pusat Penyelaras SPP setiap 3 bulan sekali seperti dalam jadual yang ditetapkan.

 

Bulan

Tarikh Penghantaran
Borang Statistik SPP

Januari – Mac

April – Jun

Julai – September

Oktober – Disember

 

 

 

 

15 April

15 Julai

15 Oktober

15 Januari

Setakat ini, kurang dari 5% ahli SPP mengemukakan statistik SPP kepada Pusat Penyelaras SPP. Oleh yang demikian, Pusat Penyelaras SPP meminta kerjasama ahli SPP untuk mengeluarkan perangkaan perkhidmatan SPP bagi tahun 1999. Statistik SPP boleh membantu memperkukuhkan koleksi masing-masing dengan adanya maklumat mengenai bahan-bahan yang sering dipohon oleh para pengguna.

Borang statistik dalam Lampiran III dan Lampiran IV hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan sebelum 28 Februari 2000.

ahlispp.jpg (5115 bytes)

Senarai ini mengandungi alamat terkini Perpustakaan/Institusi yang menyertai SPP

sehingga Oktober 1999. Senarai ini akan diedarkan kepada semua ahli SPP sebaik sahaja ia selasai di kemaskini.

terbpnm.jpg (6935 bytes)

Perpustakaan Negara Malaysia menerbitkan beberapa terbitan bagi tahun 1998 – 1999. Senarai terbitan baru adalah seperti dalam Lampiran V.

isu.jpg (9427 bytes)

Sumbangan artikel dari semua ahli SPP untuk dimanfaatkan bersama amat dialukan. Sila kirimkan artikel kepada Pusat Penyelaras SPP sebelum atau pada 30 Mac 2000 di alamat seperti berikut.

      Perpustakaan Negara Malaysia
      Bahagian Rujukan Malaysiana
      Unit Sistem Pembekalan Penerbitan
      Aras 3, Blok Tengah
      232 Jalan Tun Razak
      50572 KUALA LUMPUR
      Tel: 03-2947686 (talian terus)
                03-2943488 samb. 249
      Faks: 03-2927899
      E-mel:
[email protected]
      URL:
http://www.pnm.my

sidang.jpg (24317 bytes)

 


Publications Delivery System - Berita SPP
Copyright � 2000 National Library of Malaysia

arrowleft.gif (218 bytes) arrowright.gif (224 bytes)