Pada 1.5.1947, Malayan Airways Limited atau MAL telah memulakan
perkhidmatannya. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan oleh Straits
Steamship Company, the Ocean Steamship Company dan Imperial Airways.
Ia dimulakan oleh sebuah kapal terbang jenis Airspeed Consul.
|
|
Syarikat penerbangan MAL ini dinamakan semula menjadi Malaysian
Airways apabila Persekutuan Malaysia ditbuhkan pada tahun 1963 dan
pada tahun 1967 ia bertukar nama lagi kepada Malaysia-Singapore
Airline (MSA). Setelah Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia
ia dinamakan pula Malaysian Airline System (MAS).
|