HARI GURU 16 MEI




Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

ANUGERAH PERTAMA TOKOH GURU (1975)

Puan Hajah Zainun bte Munshi Sulaiman (Allahyarhamah)
Encik Mohd. Nor bin Ahmad
Encik Ting Pin Sung
Encik A.V. Perumal
Encik Tan Chong Bee

 


TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU

  • 1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  • 1973 - Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1974 - Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
  • 1975 - Guru Dengan Pembangunan Negara
  • 1976 - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
  • 1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1978 - Guru Pembentuk Generasi akan Datang
  • 1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1982 - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1985 - Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1992 - Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan


Sumber :

Perayaan Hari Guru Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 1991



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia