Perkembangan latihan guru Melayu
|
|
1872
-
|
A. M. Skinner menggunakan guru-guru Quran
sebagai guru-guru di sekolah sekular.
|
1978
-
|
Sebuah Maktab Melayu di Teluk Belanga, Singapura,
melatih 10 orang guru iaitu kumpulan pertama untuk mengajar
di Sekolah Melayu Negeri Selat sebelum ditutup pada 1895,
berjaya melatih 95 orang guru Melayu.
|
1900
-
|
Maktab Melayu Melaka dibuka dengan daya usaha
R.J. Wilkinson telah melatih 24 orang guru lelaki untuk Negeri
Selat dan Negeri Melayu Bersekutu.
|
|
|
1913
-
|
Maktab Latihan Guru Matang, Perak dibuka
bagi melatih guru-guru dari Perak seramai 27 orang dengan
tiga orang tenaga pengajar. Hingga tahun 1922 berjaya melatih
200 orang guru Melayu.
|
1922
-
|
Maktab Perguruan Sultan Idris (S.I.T.C.)
telah dibuka pada 29 November 1922 di Tanjung Malim, Perak.
Mula melatih guru-guru dari seluruh negeri. Kumpulan awal
adalah gabungan dari Maktab Melayu Melaka dan Maktab Matang,
Perak.
|
1935
-
|
Maktab perguruan perempuan Melayu Melaka
dibuka pada bulan Februari 1935 di Durian Daun, Melaka. Khusus
melatih guru-guru perempuan.
|
|