Stesen radio yang pertama beroperasi pada tahun 1942 terletak disebuah
rumah papan beralamat No. 48, Jalan Perak, Pulau Pinang. Stesen
radio yang beroperasi di rumah Koo Sian Ewe pada mulanya dikenali
dengan nama "Stesen Radio ZHJ" yang dikendalikan oleh ahli Persatuan
Wireless Pulau Pinang, dianggotai oleh Pegawai British.
|
|
Pada awalnya, ia hanya menggunakan pemancar buatan tempatan yang
dicipta oleh Chin Wee Bee dari Syarikat Kee Huat Radio, Pulau Pinang.
Pemerintahan Jepun telah mengambilalih stesen ini dan menukarkannya
kepada Stesen Radio Hoso Kyoko. Dan apabila British mengambilalih
pemerintahan Tanah Melayu, ia mengubah sistem radio ini dan memulakan
kata-kata awal pada setiap penyiarannya dengan kata-kata This
is The British Military Administration Broadcasting.
|