Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri meletakkan batu asas Stadium
Merdeka di Kuala Lumpur pada 15.2.57 yang merupakan stadium pertama
di negara ini. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak
Jabatan Kerja Raya mulai Julai, 1956.
Stadium ini mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000
darinya terletak di bawah bumbung.
|
|
Stadium ini juga mempunyai 14 buah tunnel yang merupakan
pintu keluar-masuk stadium. Kawasan tempat duduk yang berbumbung
itu adalah sepanjang 30 kaki, bumbungnya 60 kaki panjang ke hadapan
dan tinggi 40 kaki dari bawah. Empat buah tiang lampu setinggi 140
kaki juga dibina untuk kegunaan upacara-upacara yang diadakan di
waktu malam.
|