Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Perkhidmatan Sumber Elektronik


PERKHIDMATAN PUSAT HIPERMEDIA DEWASA

 

Perkhidmatan Pusat Hipermedia Dewasa, Aras 4, Anjung Bestari, menyediakan perkhidmatan kepada pengguna sejak 2003. Sebanyak 30 komputer disediakan untuk mengakses perkhidmatan seperti yang berikut :

 

1. Pangkalan Data Komersial

Pangkalan Data komersial boleh diakses secara dalam talian melalui portal Perpustakaan Negara Malaysia. Pengguna boleh mengakses pangkalan data ini di dalam dan luar permis PNM. Perkhidmatan Rujukan Pangkalan Data yang diberikan adalah percuma dan boleh diakses menggunakan Portal Sumber Elektronik PNM ( PNM Digital ) melalui alamat URL : http://www.pnmdigital.gov.my Pangkalan data yang disediakan adalah seperti berikut :
 
1 Lawnet ( E-Rujukan )
2 Emerald ( E-Jurnal )
3 Bernama Library and Infolink Services ( E-Surat Khabar )
4 Overdrive ( E-Buku )
5 Zinio ( E-Malaysia )
6 World eBook Library ( E -buku )
7 Score A Programme ( E-Pembelajaran )
8 Business Monitor Online ( E-Rujukan )
9 Encyclopedia Britannica Online ( E-Rujukan )
10 PNM E-Lib ( E-Buku )
11 World Almanac Online ( E-Rujukan )
12 World Almanac Kids ( E-Rujukan )
13 Library Press Display ( E-Surat Khabar )
14 Ebrary ( E-Buku )
15 NSTP E-Media ( E-Berita )
16 Ebschost ( E-Jurnal & E-Buku )
17 Travel 42 : The Professional Tourism Guides ( E-Rujukan )
18 Islamic Finance News ( E-Rujukan )
19 National Geographic Virtual Library ( E-Majalah )
20 Rosen Digital ( E-Rujukan )
21 Alexander Street Press ( E-Surat Khabar )
22 E-Law ( E-Rujukan )
23 IG Library ( E-Buku )
 
2. Perkhidmatan Internet
  Pengguna boleh melayari World Wide Web, laman sosial seperti facebook dan email, youtube dan sebagainya, Pengguna juga diberi kemudahan untuk memuat turun maklumat tersebut
 
PERKHIDMATAN RUJUKAN SUMBER ELEKTRONIK
 
Perkhidmatan Rujukan Sumber Elektronik menyediakan perkhidmatan kepada pengguna sejak 1993. Perkhidmatan yang disediakan adalah:
 
1. Rujukan Koleksi Sumber Elektronik
  Pengguna diberi kemudahan untuk merujuk koleksi Sumber Elektronik dalam pelbagai bidang perkara seperti Pengurusan, Sains Komputer, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Teknologi, Kesenian, Sejarah dan sebagainya. Sebanyak 23 buahh televisyen, 5 buah pemain kaset, 5 buah televisyen Video On Demand, dan 16 pemain blu-ray sebagai kemudahan pengguna.
   
2. Perkhidmatan Bilik Tayangan
  Beberapa saluran Astro iaitu CNN, Discovery, National Geographic, TV IQ, ESPN dan Astro Ria serta tayangan filem tempatan disediakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad untuk tontonan pengguna.
   
3. Perkhidmatan Audio
  Perkhidmatan Audio memberi kemudahan untuk mendengar radio dan muzik dari koleksi CD audio dan kaset terpilih.
   
   
PERKHIDMATAN SIBER

Perkhidmatan Siber mula beroperasi pada tahun 2008. Perkhidmatan yang disediakan adalah:
 
1. Perkhidmatan Internet
  Sebanyak 44 buah komputer disediakan bagi membolehkan pengguna yang berdaftar bagi mendapatkan perkhidmatan akses kepada Internet, pencarian maklumat dalam talian, pangkalan data komersial dan kandungan digital tempatan dan juga Laman Web Inisiatif Digital . Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli PNM untuk menggunakan perkhidmatan ini.
 
2. Perkhidmatan Gajet i-Pad
  PNM menyediakan sebanyak 10 unit i-Pad untuk pengguna mengakses kepada internet, pencarian maklumat dalam talian, pangkalan data komersial dan kandungan digital tempatan serta Laman Web PNM Digital. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih bagi pangkalan data yang dilanggani oleh PNM melalui i-Pad tersebut.
   
   
  PERPUSTAKAAN BESTARI SAMSUNG/ SAMSUNG SMART LIBRARY
 
  Perpustakaan Bestari Samsung ditubuhkan dengan kerjasama di antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung Electronic Malaysia bagi memberi  pengalaman akses secara digital melalui pembacaan dan pembelajaran  menggunakan peranti Samsung dengan aplikasi yang direka khas. Penubuhan Perpustakaan Bestari Samsung sejajar dengan matlamat kerajaan Malaysia agar penggunaan ICT dioptimumkan ke arah negara yang berasaskan pengetahuan.
 
  Pintu Masuk
  • Panduan Pengguna
  • Direktori
 
 

ZON KANAK-KANAK

  • e-Buku kanak-kanak
  • Laman Web Kanak-kanak
  • Portal Pendidikan

 

 
 

ZON INTERAKTIF

  • e-Surat Khabar  (The Star & Malay Mail)
  • e-Majalah (Life is Beautiful, Jelita, Dashboard, Dinar & Darham, Cube, Keluarga Aman, Afro Rider, Yours, Discovery, National Geographic)
 
 

ZON PEMBACA
Kategori buku

  • Fiksyen
  • Perniagaan
  • Agama
  • Akademik
  • Gaya Hidup & Kesihatan
  • Keluarga
  • Motivasi
  • Teknologi dan lain-lain
 
 

ZON KERJA

  • MS Office
  • E-Studio
  • Cloud Reader
 
 

PERALATAN YANG DISEDIAKAN

Perpustakaan Bestari Samsung menyediakan 4 Zon kepada pengguna iaitu :

  • Zon Pembaca yang dilengkapi dengan 32 tablet
  • Zon Interaktif yang dilengkapi oleh 4 tablet terkini dan 2 LFD
  • Zon Kerja yang dilengkapi oleh 7 laptop dan 4 Destop Komputer All In One (AIO)
  • Zon Kanak-Kanak yang dilengkapi dengan 15 tablet terkini

Terdapat kemudahan peralatan di ruang Perpustakaan Bestari Samsung untuk kemudahan pengguna seperti berikut :
  • Direktori yang dilengkapi dengan 2 LFD
  • Kaunter Perkhidmatan yang dilengkapi dengan 1 Destop Komputer All In One (AIO)
   

 


Kemaskini pada 2015-10-26 10:31:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page