Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata

Perkhidmatan Sumber Elektronik

1. PERKHIDMATAN PUSAT HIPERMEDIA DEWASA
 

PNM menyediakan Perkhidmatan Pusat Hipermedia Dewasa (PHD) yang bertempat di Aras 4, Anjung Bestari. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna adalah seperti berikut:

 
Komputer, Internet dan Wifi
 

PNM menyediakan kemudahan komputer multimedia yang dilengkapi dengan internet untuk kegunaan pengguna secara percuma di sini. Pengguna boleh mengakses internet, membuat kerja-kerja kesetiausahaan memuat turun maklumat dan mengadakan sesi latihan. Di samping itu, pusat ini turut menyediakan kemudahan wifi percuma bagi memudahkan pengguna mengakses internet menggunakan gajet dan komputer riba mereka

Bilik Tayangan
 

Kemudahan Bilik Tayangan disediakan di sini untuk pengguna menonton rancangan TV, filem dan lain-lain. Pengguna hanya perlu menempah bilik ini sekiranya ingin menggunakan kemudahan ini.

Alat Pandang Dengar
 

Kemudahan alat pandang dengar seperti tv, pemain kaset/CD/DVD turut disediakan untuk pengguna

Rujukan Bahan Audiovisual dan Sumber Elektronik
 

Pengguna boleh merujuk koleksi audio visual dan sumber elektronik dalam pelbagai bidang perkara seperti Pengurusan, Sains Komputer, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Teknologi, Kesenian, Sejarah dan sebagainya. Bahan yang boleh dirujuk adalah dalam format CD, DVD, audio kaset, video kaset, dan sebagainya keluaran terbitan tempatan dan antarabangsa.

Perkhidmatan Perpustakaan Digital
 

PNM menawarkan perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM, yang boleh diakses dengan mudah di sini melalui portal u-Pustaka. Melalui perkhidmatan ini pengguna boleh mengakses eBuku eMajalah, eJurnal dan eSuratkhabar langganan PNM. Di samping itu pengguna juga boleh mengakses eBahan sumber terbuka dari portal berkenaan. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui komputer yang disediakan di PHD ataupun melalui gajet dan komputer riba masing-masing. Untuk mengakses kandungan bahan elektronik ini pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. Staf yang bertugas di sini sentiasa bersedia membantu untuk sesi tunjuk ajar dan pendaftaran keahlian portal berkenaan

Video on Demand
 

Pengguna boleh menonton filem cereka dengan mudah dengan adanya perkhidmatan Video On Demand yang ditawarkan di sini. Filem cereka yang boleh ditonton adalah terdiri daripada filem terbaharu keluaran tempatan dan antarabangsa.


2. PERKHIDMATAN ZON SIBER
 

Perkhidmatan Zon Siber, PNM yang terletak di Aras 2, Anjung Bestari menawarkan perkhidmatan dan kemudahan berikut kepada pengguna secara percuma.

 
Kemudahan Komputer dan Internet
 

Sebanyak empat puluh empat (44) buah komputer multimedia yang dilengkapi dengan internet disediakan di zon ini bagi membolehkan pengguna yang berdaftar mengakses internet, mencari dan membuat turun maklumat dan juga membuat kerja-kerja kesetiausahaan.

Gajet i-Pad
 

PNM menyediakan sebanyak sembilan (9) unit i-Pad untuk pengguna mengakses internet dan membuat pencarian maklumat. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi mobil bagi mengakses pangkalan data yang dilanggani oleh PNM melalui i-Pad yang disediakan.


3. PEPERPUSTAKAAN BESTARI SAMSUNG/SAMSUNG SMART LIBRARY
 

Perpustakaan Bestari Samsung ditubuhkan dengan kerjasama di antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Samsung Electronic Malaysia bagi memberi pengalaman akses secara digital melalui pembacaan dan pembelajaran menggunakan peranti Samsung dengan aplikasi yang direka khas. Penubuhan Perpustakaan Bestari Samsung sejajar dengan matlamat kerajaan Malaysia agar penggunaan ICT dioptimumkan ke arah negara yang berasaskan pengetahuan.
Perpustakaan Bestari ini dibahagikan dengan empat (4) zon iaitu:

 
Zon Kanak-Kanak
 

Zon ini dilengkapi dengan lima belas tablet Samsung dan perkhidmatan buku Augumented Reality. Perkhidmatan di sini disasarkan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Zon Interaktif
 

Di zon ini pengguna boleh mengakses bahan maklumat menggunakan empat (4) gajet yang disediakan dan mengakses eSuratkhabar dan eMajalah menggunakan peralatan LFD. Antara eSuratkhabar yang disediakan di sini adalah suratkhabar The Star dan Malay Mail. Bagi eMajalah pula pengguna boleh membaca majalah Life is Beautiful, Jelita, Dashboard, Dinar & Darham, Cube, Keluarga Aman, Afro Rider, Yours, Discovery dan National Geographic.

Zon Pembaca
 

Zon Pembaca menyediakan kemudahan pembacaan eBuku dengan menggunakan tiga puluh dua (32) tablet Samsung yang disediakan. eBuku yang boleh diakses ini merupakan eBuku dari pelbagai subjek yang dilanggan oleh PNM .

Zon Kerja
 

Zon Kerja dilengkapi oleh tujuh (7) buah komputer riba dan empat (4) buah komputer. Peralatan ini dilengkapi dengan perisian MS Office, E-Studio dan Cloud Reader untuk kegunaan pengguna membuat kerja-kerja kesetiausahaan (assignment).

 

Di pintu masuk Perpustakaan Bestari ini disediakan dua direktori LFD bagi memberi gambaran dan panduan kepada pengguna perkhidmatan yang disediakan di sini.

 

Kemaskini pada 2018-12-28 11:47:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page