Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Sebagai sebuah institusi yang diberi amanah untuk memastikan kadar literasi membaca meningkat dari tahun ke setahun dan juga dalam masa yang sama menjadi pusat rujukan ilmu Negara. Justeru itu, PNM akan senantiasa menambahbaik dalam meningkatkan produktiviti perkhidmatan kepada pengguna dan rakyat agar seiring dengan perkembangan semasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih baik setanding dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Negara maju.

Sejajar dengan tanggungjawab PNM sebagai agensi kerajaan dan juga sebagai pengurus ilmu, pustakawan perlu menjadi tempat rujukan maklumat dan informasi bagi rakyat dan tidak boleh menyebarkan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau tidak bermanfaat atau menyebar atau menularkan berita-berita yang tidak sahih atau tidak diketahui asas puncanya. Persepsi positif perlu dilestarikan bagi memastikan anjakan paradigma yang direncanakan dapat dijayakan dengan sepenuh keikhlasan dalam menyampaikan perkhidmatan dan maklumat yang betul dan ikhlas kepada rakyat.

Adalah menjadi matlamat PNM untuk berusaha bagi memastikan jabatan ini senantiasa dilengkapi dengan teknologi terkini seiring dengan peredaran masa dan keperluan semasa demi mencapai visi, misi dan objektif jabatan.

Pada tahun 2018, dalam konteks perkhidmatan perpustakaan dan literasi maklumat, PNM telah mencatat sejarah apabila Malaysia terpilih sebagai negara ketiga di Asia Tenggara selepas Korea dan Singapura untuk menjadi tuan rumah kepada satu persidangan antarabangsa yang berprestij iaitu International Federation of Library Association and Institutions ataupun secara ringkasnya IFLA. IFLA merupakan suara global bagi profesion yang berkaitan perpustakaan dan maklumat. Ini juga merupakan satu penghormatan kepada semua Pustakawan di Malaysia yang mana kepercayaan yang tinggi diberikan oleh IFLA terhadap Malaysia dari segi keupayaan Malaysia untuk mengadakan persidangan antarabangsa bertaraf dunia.

Harapan saya agar komitmen dan segala usaha yang dilakukan beserta semangat kerja berpasukan yang tinggi akan dapat memantapkan dalam mengukir dan mencipta lebih banyak kejayaan buat PNM untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
 

DATO' NAFISAH AHMAD
KETUA PENGARAH
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Kemaskini pada 2018-10-29 17:04:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page