PANDUAN RESOURCE DESCRIPTION AND ACCESS (RDA) MALAYSIA (EDISI KEDUA)
Buku Panduan Resource Description and Access (RDA) Malaysia (Edisi kedua) ini merupakan kesinambungan daripada buku Panduan Resource Description and Access (RDA) Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2014. Buku panduan ini telah diterbitkan dengan mengambil kira keperluan RDA Toolkit agar bersesuaian dengan amalan pengkatalogan di Malaysia. Buku ini wajib dimiliki oleh semua perpustakaan di Malaysia kerana ia merupakan satu buku panduan yang lengkap dan dapat membantu memudahkan semua pustakawan di Malaysia dalam melaksanakan proses pendokumentasian bahan perpustakaan menggunakan standard RDA.
STANDARD ENTRI PENGKATALOGAN MALAYSIA : NAMA ORANG PERSEORANGAN
Standard Entri Pengkatalogan Malaysia : Nama Orang Perseorangan merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan entri nama orang perseorangan dalam rekod bibliografi dan juga fail kuasa pengarang orang perseorangan. Standard ini dapat membantu para pustakawan dalam menentukan entri nama orang perseorangan Malaysia semasa proses pendokumentasian, penghasilan entri nama pengarang dan fail kuasa yang seragam dan berkualiti agar dapat dikongsi dan diperakui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
STANDARD ENTRI PENGKATALOGAN MALAYSIA : NAMA BADAN SELEMBAGA
OStandard Entri Pengkatalogan Malaysia : Nama Badan Selembaga adalah merupakan standard yang pertama mengenai badan selembaga yang diterbitkan secara rasmi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Standard ini dapat membantu para pustakawan dalam menentukan entri nama badan selembaga Malaysia semasa proses pendokumentasian. Ini bagi menghasilkan entri nama badan selembaga Malaysia dan fail kuasa yang seragam dan berkualiti serta dapat dikongsi dan diperakui pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.