Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Buku-buku Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia -3

Pulako Satu  
PETUA MEMBINA RUMAH MELAYU : DARI SUDUT ETNIS ANTROPOLOGI
Buku ini mengkaji tradisi pembinaan rumah masyarakat melayu (rumpun Melayu) berdasarkan kepada beberapa manuskrip Melayu yang dikaji oleh pengarang. Buku ini memaparkan pengaruh adat resam, alam semesta, kepercayaan dan agama dalam pembinaan sesebuah rumah Melayu. Pengarang buku ini ialah seorang Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia.
Muka Surat : 218/219
Tahun Terbitan : 2006 (kkt)/2017 (hardback)
Harga Senaskhah : RM45.00/RM60.00
ISBN : 967-931-095-7 / 978-967-931-095-7
  PENERBITAN BIOGRAFI DI MALAYSIA  
PENERBITAN BIOGRAFI DI MALAYSIA
Buku ini mengangkat dan membincangkan beberapa persoalan pokok dalam penerbitan biografi di Malaysia. Jumlah judul biografi telah jauh bertambah berbanding dua dekad lalu. Kepelbagaian latar belakang tokoh, kemunculan ramai penulis biografi, komitmen lebih banyak kepada penerbit, sikap masyarakat yang lebih terbuka, telah menyumbang ke arah kesuburan penulisan dan penerbitan biografi. Beberapa peluang baru terbuka luas dalam penerbitan genre ini. Ramai lagi tokoh yang belum dirakan peranan dan sumbangannya perlu ditulis dan diterbitkan biografi mereka. Dunia perfileman juga bersedia menerima manuskrip tentang tokoh yang dikenali dan besar jasanya untuk difilemkan.
Muka Surat : 268
Tahun Terbitan : 2006
Harga Senaskhah : RM30.00
ISBN : 978-967-931-189-1

SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA: PERSPEKTIF SEJARAH  
SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA: PERSPEKTIF SEJARAH
Sebuah kajian oleh penulis terhadap beberapa manuskrip Melayu Syair Siti Zubaidah Perang China. Syair Siti Zubaidah menceritakan keberanian seorang wanita zaman silam dalam memerangi ketidakadilan untuk menegakkan kebenaran. Fakta dan peristiwa sejarah digali oleh penulis buku ini supaya kita lebih memahaminya selain menikmati keindahan karya syair ini. Penulis ialah seorang Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia.
Muka Surat : 602
Tahun Terbitan : 1994
Harga Senaskhah : RM30.00
ISBN : 967-931-042-6
  SYAIR-SYAIR MELAYU RIAU  
SYAIR-SYAIR MELAYU RIAU
Karya ini merupakan satu kajian mengenai perkembangan penulisan syair di Riau. Penulisan membuat kajian yang mendalam terhadap beberapa karya syair agama yang ditulis di Riau khususnya Kitab al-Nikah. Karya ini juga turut menyosot pelbagai karya Raja Ali Haji yang lain. Karya asal buku ini ialah sebuah tesis Ph.D.
Muka Surat : 372
Tahun Terbitan : 1995
Harga Senaskhah : RM25.00
ISBN : 967-931-043-4

Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: Tambahan Pertama Sehingga Kesembilan  
KATALOG MANUSKRIP MELAYU KOLEKSI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA: TAMBAHAN PERTAMA SEHINGGA KESEMBILAN
Katalog ini memuatkan pendokumentasian tentang manuskrip Melayu yang diperolehi oleh Perpustakaan Negara Malaysia dari tahun 1997 hingga 2016. Koleksi tersebut kini tersimpan di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.
Muka Surat : 175
Tahun Terbitan : 1997-2016
Harga Senaskhah : RM60.00
ISBN : 978-967-931-280-5
  TRAVELOG PULAU BUTON  
TRAVELOG PULAU BUTON
Merupakan sebuah catatan pendokumentasian manuskrip melayu di Pulau Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia. Buku Travelog Pulau Buton menceritakan perjalanan kembara iaitu penulis Faizal Hilmie Yusof bersama kembara lain menjejak Pulau Buton yang menyimpan manuskrip Melayu sebagai salah satu warisan Melayu.
Muka Surat : 124
Tahun Terbitan : 2014
Harga Senaskhah : RM15.00
ISBN : 978-967-931-256-0

1 2 3 4 5 6

  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini204
Minggu LepasMinggu Lepas6930
Bulan IniBulan Ini20549
Bulan LepasBulan Lepas21786
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2274052
Total count : 2274052 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 2024