Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata

Buku-buku Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia

TRAVELOG:  JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN  
TRAVELOG: JAUH PERJALANAN LUAS PENGETAHUAN
Travelog ini adalah punca ilham yang mempengaruhi kehidupan untuk berkongsi pengalaman menerusi pengisian program galakan membaca. Panorama menarik sepanjang perjalanan menaiki Eletric Train Service (ETS) ditambah dengan bait-bait ciptaan sajak dapat menghidupkan lagi suasana dalam perkongsian ilmu sempena program tesebut.
Muka Surat : 66
Tahun Terbitan : 2016
Harga Senaskhah : RM15.00
ISBN : 978-967-931-282-6 Tempah
  CITRA SENI  
CITRA SENI
Penerbitan buku Citra Seni sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh dan melestarikan khazanah bangsa. Walaupun penerbitan ini tidak mencakupi berbagai bidang seni tanah air, ia harus dilihat sebagai langkah awal untuk memartabatkan beberapa bidang seni utama dengan memaparkan beberapa tokoh seni dalam seni bela diri, kraf, pelakon, muzik, penulisan, tampak dan tari. Buku ini juga menzahirkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan warga seni tanah air.
Muka Surat : 156
Tahun Terbitan : 2011
Harga Senaskhah : RM35.00
ISBN : 978-967-931-240-9 Tempah

THE LEGACY OF MALAY MANUSCRIPTS  
THE LEGACY OF MALAY MANUSCRIPTS
On the history, themes, genres, manufacture and decoration of Malay manuscripts from Indonesia and Malaysia, based on the collection of the Centre for Malay Manuscripts of the National Library of Malaysia.
Muka Surat : 277
Tahun Terbitan : 2012
Harga Senaskhah : RM130.00
ISBN : 978-967-931-243-0 Tempah
  KITAB TIB: ILMU PERUBATAN MELAYU  
KITAB TIB: ILMU PERUBATAN MELAYU
Kitab ini mengandungi pelbagai pembicaraan mengenai perubatan Melayu tradisional, dipetik dan disunting daripada 10 naskhah warisan Melayu dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu, karya ini juga mengambil kira teks-teks lain (sekitar Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Selain itu karya ini juga mengambi; kira teks-teks lain (sekitar 40 naskhah) dalam koleksi yang sama dan dilain-lain koleksi dunia, Leiden, London, Acheh, Jakarta, Sri Lanka dan Brunei Darussalam. Suntingan edisi dibuat secara ilmiah, menurut disiplin ilmu filologi dengan diberi catatan, glosari dan indeks yang membantu pemahaman pembaca. Karya ini dikemukakan sebagai sebuah karya ilmu dalam rangkuman ilmu atau epistemology Melayu: iaitu ilmu perubatan,selain ilmu bintang, ilmu ramalan dan penujuman, ilmu tanaman, ilmu bahasa dan sastera, ilmu pertukangan, ilmu berahi dan lain-lain.
Muka Surat : 436
Tahun Terbitan : 2006
Harga Senaskhah : RM70.00
ISBN : 967-931-161-9 Tempah

ADAB RAJA-RAJA  
ADAB RAJA-RAJA
Buku ini merupakan buku yang keenam di bawah projek Mualim Tamu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia hasil kajian oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman. Adab Raja-raja ini merangkumi kajian yang melibatkan sistem pemerintahan feudal dengan ciri tersendiri dalam sistem itu. Raja adalah ketua dan mempunyai kuasa mutlak ke atas semua rakyat di bawah baginda. Namun kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengambil status quo raja-raja Melayu ke tempat yang lebih tinggi maka lebih dimuliakan kerana Islam menentukan raja adalah pemimpin yang wajib dipatuhi rakyatnya. Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Perpustkaan Negara Malaysia dalam memartabatkan manuskrip Melayu sebagai warisan dokumen negara yang penting untuk dipelihara dan seterusnya dapat disemai dan dilestarikan ilmu yng terkandung didalamnya kepada masyarakat.
Muka Surat : 238
Tahun Terbitan : 2006
Harga Senaskhah : RM60.00
ISBN : 978-967-931-210-2 Tempah
  KATALOG KOLEKSI NADIR BERANOTASI  
KATALOG KOLEKSI NADIR BERANOTASI
Katalog ini merupakan kesinambungan daripada Katalog Koleksi Nadir dan Peribadi yang diterbitkan pada tahun 2010. Katalog yang bercirikan buku mewah ini merupakan satu terbitan bertujuan untuk mempromosi koleksi nadir dan koleksi peribadi yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia serta menggalakkan penggunaan bahan berkenaan dalam usaha memartabatkan koleksi ini sebagai warisan negara yang perlu dipulihara dan dilestarikan ilmu yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat. Sebanyak 120 buah buku telah dipilih dan dibuat sinopsis, yang terdiri dari pelbagai subjek perkara seperti sejarah, pendidikan, undang-undang, kesusasteraan, kebudayaan dan lain-lain. Katalog Koleksi Nadir & Koleksi Peribadi Beranotasi ini ditulis dalam bahasa Melayu yang kebanyakan koleksinya terdiri dari tulisan jawi dan rumi.
Muka Surat : 132
Tahun Terbitan : 2014
Harga Senaskhah : RM43.00
ISBN : 978-967-931-258-4 Tempah

1 2 3 4

Kemaskini pada 2018-10-31 12:25:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page