Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata

Buku-buku Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia

Pulako Satu  
PULO KA SATU: WARISAN SEJARAH AWAL PERSURATAN MELAYU PULAU PINANG
Pulo Ka Satu: Warisan Sejarah Awal Persuratan Melayu Pulau Pinang merupakan nukilan Dr. Jelani Harun seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Intipati buku ini lebih berkisar tentang penemuan Pulau Pinang sebagai sebuah ketamadunan manusia dari dulu dan dibawa ke hari ini. Buku ini penting dalam merakam sejarah awal Pulau Pinang.
Muka Surat : 314
Tahun Terbitan : 2014
Harga Senaskhah : RM75.00
ISBN : 978-967-931-255-3 Tempah
  Hikayat Hang Tuah.png  
HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat Hang Tuah merupakan transliterasi oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Siti Hawa Salleh. Terbitnya buku ini merealisasikan hasrat Perpustakaan Negara Malaysia menyebarkan kepentingan isi kandungan kepada masyarakat umum serta mengesampingkan kesangsian masyarakat terhadap keperwiraan Laksamana Hang Tuah.
Muka Surat : 568
Tahun Terbitan : 2012
Harga Senaskhah : RM80.00
ISBN : 978-967-931-246-1 Tempah

Panduan RDA.png  
PANDUAN RDA MALAYSIA
Buku Panduan RDA Malaysia ini menyediakan pengenalan dan panduan asas kepada institusi dalam melaksanakan RDA sebagai standard baru pengkatalogan. Isi kandungan buku ini telah mengambil kira kesesuaian standard pengkatalogan peringkat kebangsaan.
Muka Surat : 321
Tahun Terbitan : 2014
Harga Senaskhah : RM80.00
ISBN : 978-967-931-262-1 Tempah
  Undang-undang Minangkabau.png  
UNDANG-UNDANG MINANGKABAU: WACANA INTELEKTUAL DAN WARNA IDEOLOGI
Sebuah hasil kajian oleh seorang Mualim Tamu Perpustakaan Negara Malaysia mengenai sebuah karya manuskrip Melayu dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Undang-undang Minangkabau. Karya ini merupakan sumber rujukan yang amat penting tentang sejarah, pemikiran dan adat suku kaum Minangkabau yang masih diamalkan sehingga kini, termasuk di Malaysia
Muka Surat : 320
Tahun Terbitan : 1997
Harga Senaskhah : RM35.00
ISBN : 967-931-065-5 Tempah

BUKU KAEDAH PEMBELAJARAN JAWI.png  
BUKU KAEDAH PEMBELAJARAN JAWI
Buku Kaedah Pembelajaran Jawi mengupas pembelajaran Jawi bermula pada peringkat asas lagi dengan memperkenalkan kepada pembaca tentang permasalahan huruf. Kandungannya menjelaskan tentang perbezaan antara huruf Jawi dengan huruf Arab, huruf gubalan Melayu, mengenal garis duduk huruf Jawi, mengenal sifat-sifat huruf Jawi, penyambungan dan perangkaian huruf.
Muka Surat : 154 (Rumi) 158 (Jawi)
Tahun Terbitan : 2014/2018
Harga Senaskhah : RM35.00
ISBN : 978-967-931-260-7 Tempah
  JURNAL FILOLOGI MELAYU : JILID 1 SEHINGGA  JILID 24  
JURNAL FILOLOGI MELAYU : JILID 1 SEHINGGA JILID 24
Jurnal tahunan ini diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia khusus untuk menyebarluaskan ilmu mengenai manuskrip Melayu kepada masyarakat. Jurnal ini memuatkan artikel-artikel ilmiah yang dihasilkan oleh para tokoh dan sarjana dalam dan luar Negara dalam bidang pengajian manusrip Melayu. Artikel-artikel yang dimuatkan adalah mengenai pelbagai bidang berkaitan manuskrip Melayu. Jurnal ini diterbitkan pada tahun 1992 sehingga kini (2018) Jilid 1-Jilid 24.
Tahun Terbitan : 1992-2018
Harga Senaskhah : RM15.00 / RM20.00
ISBN : 0128-6048 Tempah

1 2 3 4

Kemaskini pada 2018-11-09 16:05:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page