Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Program Literasi Media dan Maklumat


 

PROGRAM LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT (LMM)

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

 

1.         TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai maklumat dan literasi maklumat serta memberi pendedahan mengenai teknik dan kemahiran mengenalpasti maklumat dan sumber rujukan, mencari, menilai, mengurus, menyebar, dan menggunakan maklumat dengan beretika. Peserta program akan mengetahui faedah yang diperolehi apabila menguasai literasi maklumat dalam memenuhi keperluan maklumat khusus untuk menjalankan kerja-kerja harian.

2.         OBJEKTIF

  1. Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai keperluan maklumat dan kepentingan literasi maklumat
  2. Mendedahkan peserta kepada kaedah pencarian, pengurusan dan etika penggunaan maklumat dengan lebih cekap dan efektif
  3. Meningkatkan kemahiran peserta mengenai penilaian maklumat yang sahih dan menyebarkan maklumat yang diperolehi bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengetahuan
     

3.         HASIL PEMBELAJARAN

  1. Pengetahuan peserta mengenai sumber maklumat dan bahan rujukan yang pelbagai akan meningkat
  2. Peserta mampu menggunakan alat carian dengan pelbagai kaedah/strategi pencarian maklumat
  3. Peserta mampu menilai maklumat yang diperolehi serta tahu mengurus semula maklumat dengan cara terbaik
  4. Kemahiran peserta dalam memetik sumber rujukan akan meningkat
     

4.         PENGISIAN AKTIVITI 

  1. Taklimat Literasi Maklumat

Taklimat yang disampaikan adalah berdasarkan kepada 3 tahap (Asas/ Pertengahan/Lanjutan) Modul Literasi Maklumat yang dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia merangkumi sub-modul seperti Mengenalpasti maklumat, Pencarian maklumat, Penilaian maklumat, Pengurusan maklumat, Etika penggunaan maklumat dan Penyebaran maklumat.

  1. Taklimat Perkhidmatan Sumber Elektronik PNM

Taklimat yang disampaikan adalah mengenai perkhidmatan sumber elektronik PNM yang disediakan melalui pangkalan data PNM Digital (www.u-library.gov.my).  Perkhidmatan ini merangkumi e-buku, e-majalah, e-suratkhabar, e-jurnal dan lain-lain.

  1. Latihan (Hands-On)

Penggunaan komputer dan internet bertujuan untuk memberi pendedahan dalam mengaplikasi semua kemahiran yang diajar dengan lebih jelas.

  1. Aktiviti berkumpulan

Peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan.

  1. Refleksi Minda

Aktiviti refleksi minda akan dibuat dalam bentuk kuiz khusus untuk menarik minat peserta selain memudahkan pemahaman kepada modul.

5.         TAHAP MODUL

  1. Tahap Asas – Pelajar sekolah rendah dan komuniti luar bandar
  2. Tahap Pertengahan – Pelajar sekolah menengah, kolej, politeknik, institut latihan dan pembantu perpustakaan (lantikan baru)
  3. Tahap Lanjutan – Pelajar institut pengajian tinggi dan Golongan professional
     

6.         MODUL PENGAJARAN

  1. LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT
  • Pengenalan Literasi Maklumat
  • Modul 1:  Mengenalpasti Keperluan Maklumat
  • Modul 2:  Pencarian Maklumat
  • Modul 3:  Penilaian Maklumat
  • Modul 4:  Pengurusan Maklumat
  • Modul 5:  Etika Penggunaan Maklumat
  • Modul 6:  Penyebaran Maklumat
     
  1. PERKHIDMATAN SUMBER ELEKTRONIK PNM

    Isi Kandungan Modul adalah seperti berikut:-

BIL

MODUL

KANDUNGAN

 

1.

 

Pengenalan Literasi Maklumat

 

 

1.    Apa itu Maklumat
2.    Literasi Maklumat
3.    Kepentingan Literasi Maklumat
4.    Modul LMM yang dibangunkan oleh PNM

 

2.

 

Modul 1:  Mengenalpasti Keperluan Maklumat

 

 

Objektif:-

  1. Mengenalpasti format bahan maklumat
  2. Mengenalpasti sumber maklumat
  3. Mengetahui langkah merancang penyelidikan

 
Hasil Pengajaran:-
Menyedari dan memahami kepentingan maklumat serta mengetahui sumber-sumber maklumat yang boleh didapati di persekitaran

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Format bahan maklumat (bercetak/bukan bercetak/manusia)
  3. Sumber maklumat (Primer/Sekunder/Tertier)
  4. Merancang tugasan/penyelidikan (5W 1H)
  5. Latihan

 

3.

 

Modul 2:  Pencarian Maklumat BERKESAN

 

 

 

Objektif:-

  1. Mengenalpasti sumber rujukan dan kegunaannya
  2. Mengenalpasti kaedah pencarian maklumat melalui internet

Hasil Pengajaran:-
Mengetahui penggunaan sumber rujukan dan kaedah pencarian maklumat melalui internet.

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Sumber Rujukan dan Kegunaan
  3. Kaedah Pencarian Maklumat melalui Internet/OPAC/Pangkalan Data
    1. Kata kunci
    2. Operasi Boolean
    3. Gabungan kata kunci dan Boolean
    4. Pemangkasan
    5. Teknik SKILL
  4. U-Pustaka dan Perkhidmatan Sumber Elektronik PNM
  5. Latihan

 

4.

 

Modul 3: 
Penilaian Maklumat

 

 

Objektif:-

  1. Meningkatkan kemahiran menilai maklumat bercetak
  2. Meningkatkan kemahiran menilai maklumat dari Internet

Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kemahiran menilai maklumat bercetak dan maklumat dari Internet dengan baik

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Penilaian Maklumat Bercetak
    1. Kerelevanan topik
    2. Pengarang
    3. Ketepatan maklumat
    4. Saksama
    5. Nilai semasa
    6. Lengkap dan jelas
    7. Kaedah penerbitan
    8. Sumber maklumat
  3. Penilaian Maklumat bukan Bercetak
    1. Ketepatan dokumen web
    2. Penanggungjawab (Authority)
    3. Objektiviti laman web
    4. Kekinian laman web
    5. Liputan

 

5.

 

Modul 4:  Pengurusan Maklumat

 

 

 

Objektif:-

  1. Mengenalpasti kaedah pengurusan maklumat
  2. Membantu memudahkan penyimpanan maklumat yang telah digunakan atau diperlolehi
  3. Membantu mengumpul maklumat yang telah digunakan atau diperlolehi

Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kaedah pengurusan maklumat iaitu menyimpanan dan mengumpul maklumat yang telah digunakan atau diperlolehi

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Kaedah Pengurusan Maklumat
    1. Menyimpan maklumat yang diperolehi
    2. Mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber
  3. Latihan

 

6.

 

Modul 5:  Etika Penggunaan Maklumat

 

 

Objektif:-

  1. Mengenalpasti etika penggunaan maklumat

Hasil Pengajaran:-
Mendapat pendedahan mengenai etika penggunaan maklumat secara menyeluruh

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Akta Hakcipta (Pindaan) Akta A1139 2002
  3. Plagiat
  4. Petikan/Sedutan (Citation)
  5. Maklumat Peribadi
  6. Penggunaan Bahasa
  7. Latihan

 

7.

 

Modul 6:  Penyebaran Maklumat

 

Objektif:-

  1. Mengenalpasti medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat
  2. Menyebarkan maklumat dengan cara yang betul
  3. Memahami kepentingan menyebarkan maklumat

 

Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kepentingan menyebar maklumat melalui medium tertentu dengan cara yang betul.

Isi kandungan:-

  1. Pengenalan
  2. Bercetak
  3. Tidak bercetak
  4. Internet
  5. Latihan

7.         MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi:-

Bahagian Gerakan Literasi Maklumat
Perpustakaan Negara Malaysia
Aras 13, Menara PNM
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2687 1700 samb. 4335/4336/4339
No. Faks: 03-2687 4356
Emel:  bglm@pnm.gov.my
           zuliana@pnm.gov.my

AKTIVITI-AKTIVITI LMM

 


Kemaskini pada 2017-11-28 08:36:27 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page