Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English

Pengumuman

PENANGGUHAN SEMINAR SEHARI BERSAMA PENERBIT 2017

Adalah dimaklumkan bahawa penganjuran Seminar Sehari Bersama Penerbit 2017 yang akan diadakan pada 17 Oktober 2017 (Selasa) di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008


Pengenalan


PNM melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan melalui pembinaan, pendokumentasian dan ketersediaan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan untuk penggunaan masyarakat masa kini dan akan datang.

SPK melibatkan perancangan dan pengurusan sumber secara berkesan bagi menyediakan perkhidmatan rujukan dan pinjaman kepada pengguna perpustakaan melalui aktiviti perolehan bahan perpustakaan (penguatkuasaan akta, pembelian dan hadiah/pertukaran), pendaftaran, pengkatalogan dan pengindeksan, penyenggaraan dan pemeliharaan bahan-bahan berkenaan untuk kegunaan pengguna.


Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya menjalani Pensijilan Audit ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 9 - 11 Februari 2010.Atas kecemerlangan yang ditunjukkan Jabatan dalam melaksanakan SPK, maka SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bersetuju mengesyorkan PNM agar versi MS ISO 9001:2000 ditukarkan kepada versi MS ISO 9001:2008 berkuatkuasa pada 9 April 2010 - 8 April 2013.


Pada 7-8 Mac 2013 Pasukan Audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah menjalankan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 dan PNM sekali lagi telah berjaya mengekalkan sijil tersebut yang berkuat kuasa pada 9 April 2013 – 8 April 2016.


Badan Pensijilan yang Dilantik

SIRIM QAS International Sdn. Bhd.


Kemaskini pada 2015-11-23 09:44:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page