Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Objektif Kualiti


Pengurusan atasan akan memastikan objektif-objektif kualiti yang ditetapkan di peringkat Jabatan serta fungsi yang berkaitan adalah selaras dengan keperluan perkhidmatan PNM. Objektif Kualiti tersebut harus boleh diukur dan konsisten dengan Dasar Kualiti PNM.


Objektif Kualiti PNM didokumenkan adalah seperti berikut:
 

1) Memastikan bahan monograf yang diterima bawah Akta 331:

  • Didaftar dalm tempoh tidak melebihi lima (5) bulan dari tarikh terima dengan varian 15%.
  • Didokumentasi dalam tempoh tidak melebihi lima (5) bulan setelah didaftar dengan varian 15%

2) Memastikan bahan terbitan bersiri, bahan sumber media dan bahan cetak bukan buku yang diterima bawah Akta 331:

  • Didaftar dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh terima dengan varian 10%.
  • Didokumentasi dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dengan varian 10%.

3) Menyediakan perkhidmatan kepada penerbit dalam tempoh seperti berikut selepas permohonan lengkap diterima:

  • Tidak melebihi satu (1) hari bekerja bagi permohonan ISBN/ISSN dan kod jalur.
  • Tidak melebihi tiga (3) hari bekerja bagi permohonan data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan dengan varian 20%.

4) Memastikan peruntukan tahunan dibelanjakan untuk perolehan bahan terbitan dengan varian sebanyak 5%.
 

5) Menyediakan bahan yang diperoleh melalui pembelian dan hadiah/pertukaran untuk penggunaan pelanggan dalam tempoh masa seperti berikut selepas lengkap diterima:

  • Tidak melebihi dua (2) bulan bagi bahan Malaysiana dan bukan Malaysiana dengan varian 20%.
  • Tidak melebihi enam (6) bulan bagi bahan koleksi khas dengan varian 20%.

6) Memastikan pemeliharaan koleksi khazanah Negara dilaksanakan mengikut standard yang diterima pakai dan pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
 

7) Memastikan bahan perpustakaan perolehan baru tersedia di atas rak untuk penggunaan pelanggan dalam tempoh berikut dari tarikh perolehan:

  • Tidak melebihi 2½ bulan bagi bahan pembelian dan hadiah/pertukaran.
  • Tidak melebihi 10½ bulan bagi bahan bawah serahan Akta.

8) Memastikan tempahan bahan oleh pembaca diberi maklum balas dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
 

9) Memastikan pertanyaan rujukan diberi maklum balas dalam tempoh tidak lebih dua (2) hari bekerja.
 

10) Memenuhi sekurang-kurangnya 80% dari jumlah permohonan bahan perpustakaan oleh pelanggan dalam tempoh yang diperlukan.
 

11) Memastikan aduan pelanggan dapat diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
 

12) Memastikan kerosakan kecil prasarana ICT diselesaikan dalam masa empat belas (14) hari bekerja.
 

13) Memberi latihan yang sesuai kepada kakitangan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun dengan varian 10%.
 

14) Memastikan Manuskrip Melayu dinilai dalam masa 3½ bulan selepas diterima daripada pembekal.
 

15) Memastikan proses pendokumentasian Manuskrip Melayu diselesaikan dalam masa enam (6) bulan selepas diperolehi.
 

16) Memastikan sekurang-kurangnya empat (4) Program Galakan Membaca Peringkat Kebangsaan dilaksanakan dalam setahun.
 

17) Memastikan sekurang-kurangnya 30 khidmat nasihat dan dua (2) khidmat perundingan diterima pakai dalam setahun.
 

18) Memastikan sekurang-kurangnya 30 lawatan khidmat nasihat perpustakaan desa dilaksanakan setahun.
 

19) Memastikan sekurang-kurangnya 90% aktiviti publisiti pada setiap tahun berdasarkan Kalendar Aktiviti Jabatan.
 

20) Menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) terbitan ilmiah pada setiap tahun.
 

21) Memastikan statistik perpustakaan di Malaysia diterbitkan dalam tempoh sebelas (11) bulan pada tahun berikutnya.‘


Kemaskini pada 2015-11-23 10:12:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page