Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Khidmat Nasihat dan Perundingan


Aktiviti BKNP   Aktiviti BKNP   Aktiviti BKNP   Aktiviti BKNP

 

 

 

Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan, Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan kepada organisasi yang merancang menubuhkan perpustakaan baharu atau menaik taraf perkhidmatan perpustakaan sedia ada.
   
Perkhidmatan Khidmat Nasihat Dan Perundingan Perpustakaan
Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Perundingan Perpustakaan meliputi aspek-aspek berikut :
Perancangan untuk penubuhan perpustakaan baharu
 
i. cadangan peruntukan belanjawan
ii. penyediaan kertas cadangan projek
iii. penyediaan pelan susun atur
iv. contoh reka bentuk dan spesifikasi peralatan perpustakaan
v. mengenalpasti keperluan perjawatan
vi. penambahbaikan perpustakaan sedia ada
   
Khidmat Teknik dan Pendokumentasian
 
i. pemilihan dan perolehan bahan perpustakaan
ii. mengkatalog, mengkelas, mengindeks dan mengabstrak
iii. pemeliharaan dan pemuliharaan
iv. pilih buang dan hapuskira
   
Perkhidmatan Perpustakaan
 
i. promosi dan pemasaran perkhidmatan
ii. panduan perpustakaan
iii. perkhidmatan kesedaran semasa (CAS) dan pemilihan maklumat terpilih (SDI)
iv. profil pengguna
v. pempakejan maklumat
vi. aktiviti galakan membaca
vii. rujukan dan pinjaman
viii. Sistem Pembekalan Penerbitan
ix. Skim Pinjaman Berkelompok
x. perkhidmatan dalam talian
   
Sistem Perpustakaan Bersepadu
 
i. Keperluan pengkomputeran
ii. Rangkaian perpustakaan
   
Siapa Yang Layak Memohon
Perkhidmatan ini disediakan kepada Kementerian dan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan (GLC), Pertubuhan Profesional, begitu juga dengan Pertubuhan Kebajikan dan Sukarelawan.
   
Cara Memohon
1. Muat turun borang Khidmat Nasihat Perpustakaan. [Muat Turun]
2. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia
232 Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
(u.p. : Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan)
E-mel : bknp@pnm.gov.my
   
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan
Aras 14, Menara PNM
Perpustakaan Negara Malaysia
Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
   
Tel. : 603-2687 1700 (talian am) samb.4330/4331/4328/4396/4332/4334/4399
Tel. : 603-2681 7522 (talian terus)
Fax : 603-2687 4357

 

 

 


Kemaskini pada 2016-12-20 11:31:09 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page