Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Perkhidmatan Pemuliharaan


Fungsi Bahagian Pemuliharaan
Mengurus pemuliharaan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia menerusi pengawetan, penjilidan dan pembaikan untuk memastikan warisan intelek negara dipelihara secara terancang untuk kegunaan dan rujukan semasa kini dan akan datang.
Menguruskan proses penukaran format koleksi perpustakaan dari bentuk asal ke bentuk lain.
Memantau pemuliharaan dan penyelenggaraan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.
Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai penyenggaraan dan pemuliharaan bahan perpustakaan.
   
Aktiviti Bahagian Pemuliharaan
Jilidan
  Aktiviti jilidan ialah kerja memperkukuh bahan perpustakaan yang dilakukan dengan menyusun dan melekatkan dengan kuat di antara dua kulit yang rata dengan menggunakan bahan jilidan yang bersesuaian. Aktiviti jilidan ini juga merangkumi memperbaik kulit depan naskhah, menjilid bahan, membuat folder, risalah dan kotak.
   
Pemuliharaan Manuskrip Melayu
  Bahagian Pemuliharaan bertindak sebagai pusat pemuliharaan manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Terdapat 2 teknik pemuliharaan manuskrip Melayu yang dijalankan, iaitu :
 
a. Teknik Pembaikan Tisu
  Pembaikan manuskrip Melayu melalui teknik ini menggunakan kertas "Japanese Kozo Tisu" atau "Hand Made Roll" Tissues. Kebanyakan manuskrip yang dibaik pulih secara teknik ini  merupakan manuskrip yang berkeadaan reput dan rapuh kertasnya serta mempunyai tulisan dakwat kembang. 
             
b. Teknik Pembaikan "Leafcasting"
  Proses pembaikan manuskrip ini adalah dengan menggunakan kertas "Bodlien Hand Made" yang dijadikan sebagai serat bagi tujuan untuk menutupi lubang-lubang yang rosak. Kebiasaannya manuskrip yang menggunakan teknik ini terdiri daripada manuskrip yang masih kuat ketahanan kertasnya serta dakwat tulisannya tidak mudah kembang atau luntur.
   
   
Pembaikan Bahan Nadir/Bahan Bercetak/Koleksi Peribadi
  Aktiviti membaik pulih bahan nadir, bahan bercetak dan koleksi peribadi. Bahan-bahan bercetak merupakan terbitan bahan yang berusia 50 tahun ke atas dan tidak diulang cetak. Pembaikan bahan nadir ini merupakan proses membaiki dan membaik pulih bahan kepada hampir ke bentuk asalnya, tanpa merubah keseluruhan asal bahan.
   
Mikrofilem
 
  Aktiviti mikrofilem merupakan proses merakam bahan perpustakaan ke dalam format filem lut sinar saiz 16 mm atau 35 mm bagi tujuan rujukan. Kerja pemikrofileman ini melibatkan bahan-bahan seperti yang berikut :
(a) Surat Khabar
(b) Manuskrip Melayu
(c) Bahan Cetak/Nadir/Koleksi Peribadi

Bahagian Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia juga memainkan peranan dalam membaik pulih filem 16 mm atau 35 mm dan penukaran ke format lain naskhah bahan milik Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
 
   
Aktiviti Penyenggaraan Bahan Perpustakaan
  Aktiviti yang dijalankan ini merupakan aktiviti in-house (dalaman) bagi tujuan memastikan suhu dan kelembapan persekitaran yang bersesuaian bagi penyimpanan koleksi perpustakaan melalui lawatan pemeriksaan berjadual. Standard suhu dan kelembapan yang digunakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia :
(a) Suhu : 20°C - 23°C
(b) Kelembapan : 50%RH - 60%RH
   
Khidmat Nasihat dan Perundingan
  Bahagian Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia memberi perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan dalam bidang berkaitan pemuliharaan bahan perpustakaan, pelan persediaan menghadapi bencana, pameran dan demonstrasi pembaikan.

Kemaskini pada 2016-12-20 11:00:30 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page