![]() ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (PDP) adalah perkhidmatan pengeluaran data katalog yang diberikan percuma oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kepada penerbit-penerbit di Malaysia sebelum sesuatu terbitan diterbitkan.
Data bibliografi judul buku yang diberi PDP akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data PNM dan boleh diakses melalui laman web OPAC PNM.
Perkhidmatan PDP diberikan secara percuma kepada penerbit dan semua penerbit di Malaysia adalah digalakkan untuk menyertainya.
Perkhidmatan ini merangkumi semua bahan monograf bagi judul atau edisi baru dalam semua bidang perkara yang akan diterbitkan di Malaysia.
Data PDP hendaklah dicetak di belakang muka surat judul.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Tan Sri Dato′ Seri, 1938-
Beberapa etos pembangunan negara = Nation building ethos : speeches
of Tan Sri Dato′ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Chief Secretary to
The Government, Malaysia.
ISBN 967-9933-18-0
1. Malaysia--Economic conditions. 2. Malaysia--Social conditions.
3. Economic development. 4. Speeches, addresses, etc. I. Judul.
II. Judul: Nation building ethos. III. Institut Tadbiran Awam Negara.
338.9595
Melengkapkan set borang permohonan PDP iaitu:
PNM.PK(0)PBN.02(B4) – Borang Permohonan PDP.
Sila muat turun peraturan lengkap permohonan ISBN/ISSN/PDP di sini.
Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:
Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari,
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Perkhidmatan PDP)Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
E-mel : pdp@pnm.gov.my
Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_CIP_
Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco
Kemaskini pada 2017-06-06 14:37:20 daripada Vox Administrator