Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Saluran Aduan Integriti


Saluran Aduan Integriti
 
Saluran aduan integriti Perpustakaan Negara Malaysia disediakan bagi kemudahan warga jabatan dan masyarakat umum untuk menyalurkan aduan-aduan berkaitan pelanggaran etika dan tatakelakuan warga Jabatan ini.
 
Objektif saluran aduan integriti adalah untuk:
 

  • meningkatkan integriti warga Jabatan; dan
  • memudahkan warga jabatan dan masyarakat membuat aduan berkaitan integriti warga Jabatan ini.

 
Contoh skop kesalahan yang boleh dilaporkan kepada Unit Integriti adalah seperti:
 

  • Salah guna kuasa dan penyelewengan
  • Memberi / menerima / meminta / menawar rasuah
  • Pelanggaran undang-undang dan peraturan penjawat awam.
  • Pengurusan kewangan yang tidak cekap yang menyebabkan pembaziran sumber kerajaan
  • Tidak jujur / tidak amanah / tidak bertanggungjawab seperti:

 

  • Membuat tuntutan palsu
  • Mengemukakan sijil cuti sakit palsu
  • Penyalahgunaan kenderaan jabatan

 

  • Lain-lain aduan integriti

 
 
Panduan membuat aduan integriti :
 

  • Bila kejadian berlaku? (When)
  • Dimana kesalahan dilakukan? (Where)
  • Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu? (Who)
  • Apa kesalahan yang dilakukan? (What)
  • Kenapa kesalahan dilakukan? (Why)
  • Bagaimana pelanggaran peraturan tersebut dilakukan? (How)

 
 
Salurkan aduan integriti ke atas mana-mana pegawai PNM yang melakukan kesalahan melalui saluran berikut:
 

  • E-mel: integriti@pnm.gov.my
  • Borang Aduan Integriti pada laman sesawang; Klik Disini
  • Surat-menyurat yang boleh dihantar secara serahan tangan atau pos ke pejabat / alamat :

 
Ketua Unit Integriti
Level 14, Menara PNM,
National Library of Malaysia,

  1. Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur

 

  • Talian telefon Ketua Unit Integriti (03-2687 4329)
  • Hadir sendiri ke pejabat Unit Integriti.

 
 
KERAHSIAAN PENGADU/PEMBERI MAKLUMAT
 
Identiti pengadu/pemberi maklumat adalah dirahsiakan.


Kemaskini pada 2016-12-08 08:58:23 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page