Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Terbitan Bersiri


Perkhidmatan Terbitan Bersiri merupakan satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1993. Perkhidmatan diwujudkan untuk memainkan peranan sebagai pusat kecemerlangan rujukan terbitan bersiri khususnya Malaysiana bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna perpustakaan. Perkhidmatan Terbitan Bersiri Malaysiana terletak di Aras 2, Blok Timur.


Sumber maklumat koleksi terbitan bersiri terdiri daripada bahan-bahan bercetak, bukan bercetak, elektronik dan dalam talian. Antara koleksi bahan yang terdapat di Koleksi Malaysiana adalah majalah, surat khabar, laporan tahunan, buku tahunan, buku panduan, jurnal, indeks, abstrak, statistik, warta kerajaan dan akta. Simbol yang digunakan untuk bahan-bahan dalam koleksi ini ialah MS, MSR, S dan SR.

 

Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara

 

Koleksi Terbitan Bersiri Luar Negara adalah terbitan secara berkala secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan dalam pelbagai bidang umum. Terdapat dalam koleksi ini adalah majalah, jurnal dan surat khabar. Simbol bagi koleksi terbitan bersiri luar negara ialah S, SR, S f dan S ff. Lokasi koleksi ini ialah di Aras 4 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.
 

Majalah/Jurnal Luar Negara

 

Sehingga Disember 2010, terdapat 225 judul majalah dan jurnal terbitan luar negara yang dilanggan untuk bacaan pengguna di Perpustakaan Negara Malaysia. Majalah dan jurnal yang disediakan merangkumi semua subjek. 

 

Surat Khabar Luar Negara

 

Berikut adalah arkib surat khabar luar negara yang dilanggan secara bercetak tahun 2008 - 2010.

 
No Tajuk Negara Bahasa Kekerapan
1 The Australian Australia Inggeris Harian
2 The Nation Thailand Inggeris Mingguan
3 The Times United Kingdom Inggeris Harian
4 The New York Times Amerika Syarikat Inggeris Harian
5 Bussiness World Filipina Inggeris Harian
6 Washington Post Amerika Syarikat Inggeris Harian
7 Kompas Indonesia B.Indonesia Harian
8 Jakarta Post Indonesia Inggeris Harian
 

Pengguna juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat semasa melalui surat khabar seluruh negara dengan melayari http://mylib.pnm.my di menu e-newspaper.

 
Bil. Tajuk Surat Khabar URL
1. The Australian http://www.theaustralian.com.au/
2. The Nation http://www.thenationonlineng.net
3. The Times http://www.timesonline.co.uk/tol/news/
4. Washington Post http://www.washingtonpost.com
5. Business World http://www.bworld.com.ph
6. China Post http://www.chinapost.com.tw
7. The Independent www.independent.co.uk
8. The New York Times www.nytimes.com
9. The Financial Times www.ft.com
10. Kompas http://www.kompas.com
11. Jakarta Post http://www.thejakartapost.com
12. South China Morning Post http://www.scmp.com

Kemaskini pada 2015-11-24 15:13:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page