Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English

Pengumuman

PENANGGUHAN SEMINAR SEHARI BERSAMA PENERBIT 2017

Adalah dimaklumkan bahawa penganjuran Seminar Sehari Bersama Penerbit 2017 yang akan diadakan pada 17 Oktober 2017 (Selasa) di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Perkhidmatan Pinjaman


Bahagian Pinjaman menyediakan perkhidmatan pinjaman buku kepada pengguna berdaftar. Pengguna yang berdaftar boleh meminjam enam (6) buah buku untuk tempoh empat (4) minggu. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui selama empat (4) minggu lagi dari tarikh pembaharuan dibuat. Pembaharuan bahan dibenarkan sekali sahaja. Pengguna akan dikenakan caj denda lewat pemulangan bahan sebanyak 10 sen sehari bagi setiap buku. Perkhidmatan Pinjaman meliputi Unit Pinjaman Dewasa, Pinjaman Kanak-Kanak dan Pinjaman Berkelompok.

 

Perkhidmatan Pinjaman Dewasa

Perkhidmatan ini disediakan kepada pengguna yang berumur 11 tahun ke atas. Ia terletak di Aras 3 & 4, Menara Wisma Sejarah iaitu bersebelahan Bangunan Utama PNM.

 

Perkhidmatan Pinjaman Kanak-Kanak

Perkhidmatan ini disediakan untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Perkhidmatan ini juga menyediakan pelbagai aktiviti galakan membaca dari masa ke semasa untuk memupuk sikap suka membaca sejak kecil lagi. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan meninggalkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah tanpa pengawasan.

 

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok

Perkhidmatan ini disediakan kepada institusi/jabatan yang tidak mempunyai peruntukan untuk perolehan koleksi. Sesebuah institusi/jabatan yang telah berdaftar boleh meminjam sebanyak 400 buah buku untuk tempoh tiga (3) bulan. Institusi/jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap buku yang mereka pinjam tertakluk kepada syarat dan peraturan Pinjaman Bekelompok.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit
Nombor Telefon /
E-Mel
Alamat
Pinjaman Dewasa
603-2687 1748
603-2687 1791
bpjmd@pnm.my
Aras 3 & 4,
Menara Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
Pinjaman Kanak-kanak
603-2687 1714
603-2687 1715
bpjmkk@pnm.my
Aras Bawah, Blok Barat,
232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
Pinjaman Berkelompok
603-2687 1847
603-2687 1850
bpjmkp@pnm.my
Aras Bawah,
Menara Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur

Kemaskini pada 2016-03-02 10:10:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page