

� 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia
sp-bekasirih.htm
 
 |
 |

Daun-daun sirih yang
telah dipetik dan telah dibuangkan tangkainya akan dimasukkan kedalam bekas ini, dalam
jumlah tujuh hingga sembilan helai. Ianya akan disajikan bersama tepak sirih atau puan
kepada tetamu. Ada kalanya bekas sirih tidak digunakan semasa sajian, ini disebabkan
beberapa helai daun sirih telah tersisip di dalam puan.
|
|
|
Bekas
Sirih Perak
|
Bekas
Sirih
Bersalut Emas
|
Bekas
Sirih Perak
|
Bekas sirih kebiasaannya diperbuat dari logam atau perak, terdapat juga gading
gajah bagi tujuan ini. Bagi menambah cantik serta unik, kadangkala disalutkan emas dan
diukir dengan corak awan larat, pelabagai jenis ukiran Melayu seperti ukiran bunga timbul,
ukiran tebuk dan juga berkeluk-keluk dibahagian badannya dan disekeliling mulutnya. Motif
yang sering digunakan adalah bercorak alam dan flora sahaja, seperti bunga ketang guri,
bunga petola, pucuk rebung dan sebagainya.
|
|
Kebanyakkan saiznya
adalah hampir serupa dan berbentuk pipih dimana lebar dibahagian mulut dan menguncup
sedikit dibahagian bawahnya, ada berbentuk segi lapan atau segi enam. Berukuran
antara 8sm. lebar dimulut, 6sm. dibahagian bawah dan 10sm. tinggi. |
|
|
Bekas Sirih Perak |
Bekas Sirih Perak |
|
|