![]() ![]() � 1999 Hak Cipta Terpelihara Edisi 2001 Perpustakaan Negara Malaysia sp-guna1.htm Bersirih dan Adat Simbol dan Pengantara Petua Atuk Abah Petua Atuk Emak Petua Nenek Kebayan Petua Cucu Cicit ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Penggunaan sirih pinang boleh dilihat di dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Bagi para petani sambil berehat selepas penat mengerjakan bendang atau menuai padi mereka memakan sirih sambil berbual-bual. Nelayan membawa bekal sirih pinang semasa turun ke laut untuk menangkap ikan. Di dalam sejarah, para raja di istana memakan sirih sebagai santapan waktu rehat. Sirih pinang memainkan peranan penting di
dalam adat istiadat Melayu terutamanya di dalam perkahwinan, bermula dari waktu merisik,
pertunangan, menikah, bersanding dan beradu. Bagi setiap peringkat sirih diberi nama-nama
yang khusus.
|