|  
 
  
 � 1999 Hak Cipta Terpelihara
 Edisi 2001
 Perpustakaan Negara Malaysia
 
 sp-sirihjunjung1.htm
 
 
 Sirih Junjung
 Variasi Gubahan Sirih
 
 
   
  |  | 
 Sirih Junjung telah
    memainkan peranannya sendiri.  Dalam kebanyakkan adat budaya, terutamanya semasa
    masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, ianya sebagai satu kemestian dijadikan
    barang hantaran pengantin. 
      
        | Disamping
        itu juga masyarakat Malaysia kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam
        beberapa majlis rasmi negara.  Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang
        dari 10 pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan penyeri
        dimajlis tersebut. Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah
        menggunakan sirih junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan,
        terutamanya di Negeri Kelantan. | 
 |  
      
        | Satu
        perarakan sirih junjung telah diadakan di sekitar bandar sempena majlis tersebut. Bagi
        penyediaan membuat sirih junjung, biasanya digubah oleh orang yang mahir dalam membuat
        gubahan barang hantaran pengantin. Sebanyak 100 helai daun sirih Melayu atau
        lebih diperlukan. Daun-daun sirih yang segar, lebar lagi cantik diperlukan, disamping
        peralatan lain seperti gabus yang digunakan sebagai menara, dawai untuk pengikat, jarum
        penyemat, lidi dan lain-lain yang bersesuaian.  |  Sirih Junjung
 |  
        | 
 |  
      
        |  Sirih Junjung
 | Sirih
        junjung digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau masjid, juga berbentuk flora
        mengikut citrarasa penggubah.  Bunga-bunga segar seperti mawar, dahlia dan kekwa
        serta lainnya akan menyerikan lagi gubahan tersebut.  Untuk menambah keharuman pada
        sirih junjung tersebut, pada kebiasaannya wangian akan
        dibubuhkan seperti bunga rampai atau air mawar. |    |  |