

� 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia
sp-tembakau.htm
 
 |
 |

Tumbuhan herba semusim
yang ditanam untuk mendapatkan daunnya. Tumbuhan ini termasuk dalam famili Solanaceae.
Daun-daunnya digunakan untuk membuat rokok dan cerut.

Pokok
Tembakau |
Ia boleh
tumbuh dalam keadaan iklim yang berlainan. Suhu yang panas dan lembap dengan hujan
sepanjang masa, semasa sedang tumbuh adalah bersesuaian. Di masa menuai pula, musim kering
adalah perlu supaya daun-daun yang bermutu boleh didapati. Pemilihan jenis baja amatlah
penting bagi tanaman tembakau. Daun-daun tembakau yang bermutu hanya boleh dihasilkan di
kawasan-kawasan tertentu sahaja. Jenis yang sama jikalau ditanam di kawasan yang mempunyai
tanah yang berlainan boleh menghasilkan mutu daun yang rendah.
|
Tanah liat yang padat serta subur
boleh menghasilkan daun-daun tembakau yang lebar saiznya. Ia lebih tebal dan kasar serta
sesuai untuk membuat cerut dan tembakau paip. Tetapi tanah peroi serta berhumas pula boleh
menghasilkan daun-daun bersaiz kecil serta lembut dan sesuai untuk membuat tembakau rokok.
Pokok-pokok tembakau subur boleh hidup dengan ketinggian sehingga 2m. serta kelebaran daun
30sm. - 40sm. lebar dan 50sm. panjang.
|
Tembakau
|
Daunnnya mestilah
berwarna perang muda atau kuning keemasan dan mempunyai bau wangi, rasa sedap serta dapat
mengeluarkan asap berasid. Daun sedemikian rupa perlu mengandungi banyak karbohidrat dan
sedikit amida. Dengan menggunakan baja yang mengandungi sedikit nitrogen, banyak fosfat
dan kalsium. Sebaliknya daun-daun yang digunakan untuk membuat tembakau cerut mestilah
mempunyai warna perang tua, mengeluarkan asap beralkali dan mempunyai urat-urat daun yang
halus. |
Ladang Tembakau |
|
|