|
![]() |
Dalam beberapa dekad yang lalu, zaman kegemilangan Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih begitu akur dan taat kepada adat resam serta budaya yang tidak boleh dipisah. Sirih Pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu. Sirih Pinang merupakan perkakasan penting dan satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka. Dari aspek perkembangan budaya, sama ada Melayu ataupun India dimana sirih diperlugunakan memanglah sejak dahulu lagi ia menjadi satu simbol kebudayaan dan masih menjadi satu segmen di dalam adat istiadat budaya hingga kini. Kegunaan sirih pinang menjulad dari aspek budaya seperti memakan sirih, perkahwinan, adat resam dan adat istiadat sehinggalah kepada penggunaan dalam perubatan tradisional. Seiring dengan pemasyarakatan ini, Tepak Sirih atau Puan dan komponan adalah merupakan khazanah yang simbolik dalam budaya Melayu, yang perlu diwarisi hingga kegenerasi mendatang.
|