![]() ![]() � 1999 Hak Cipta Terpelihara Edisi 2001 Perpustakaan Negara Malaysia sp-pautan.htm ![]() ![]() ![]() |
![]() |
Senarai pautan dari beberapa agensi atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan seperti gubahan sirih junjung atau membekalkan peralatan yang berkaitan dengan sirih pinang seperti tepak sirih, kacip, cembul dan sebagainya. Di Kuala Lumpur sirih pinang boleh didapati dikebanyakan kedai runcit kepunyaan peniaga India, di Lebuh Ampang, Jalan Bandar, Jalan Chow Kit dan Sentul Pasar. Kebanyakan pekan-pekan yang terdapat di Malaysia masih terdapat dimana peniaga kecil India memberikan perkhidmatan menjual bahan makan sirih, terutamanya dimana terdapat masyarakat India menetap. Walaupun demikian tidak semua masyarakat India mengamalkan makan sirih, terutama generasi muda kini tidak lagi mengikut jejak langkah nenek moyang mereka. Di Negeri Johor dan Perak terdapat ladang tanaman sirih yang diusahakan secara komersil. Daun-daun sirih ini bukan hanya untuk pasaran tempatan tetapi juga memenuhi permintaan dari negara-negara sekitarnya. Sirih-sirih ini bukan hanya untuk dimakan tetapi juga bagi upacara adat resam dan istiadat rasmi. Tanaman sirih ini juga diusahakan secara kecil-kecilan dipersekitaran rumah kediaman, terutamanya di kampong-kampong, bagi memenuhi keperluan sendiri. Pautan laman web yang berkaitan
|